ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kereta jenis Perodua Myvi dan motosikal yang disyaki dicuri oleh kumpulan berkenaan
BATU PAHAT - Macam pemilik tetapi sebenarnya mereka adalah pencuri. Itulah modus operandi yang digunakan oleh sekumpulan pencuri di daerah ini sebelum melarikan kenderaan yang ingin dicuri mereka.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kumpulan berkenaan yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan disyaki bergiat aktif dalam tempoh tiga bulan ini.
Menurutnya, mereka mensasarkan motosikal yang diletakkan di kawasan parkir awam seperti di pasar raya dan hospital.
"Mereka berlagak seperti tuan motosikal berkenaan dan duduk serta menunggu di motosikal terbabit, sebelum melarikannya apabila tidak disedari pemilik sebenar serta orang awam di sekitar.
"Kebiasaannya mereka ini hanya melakukan kegiatan berkenaan berdua, di mana salah seorangnya akan memerhatikan keadaan sekeliling dan seorang lagi akan melarikannya," katanya.
Bagaimanapun, katanya, baru-baru ini kumpulan pencuri itu ditangkap selepas melarikan sebuah kereta Perodua Myvi di sebuah pasar raya.
"Hasil siasatan yang dilakukan selepas pemiliknya membuat laporan polis, Perodua Myvi itu ditemui di Bagan," katanya.
Menurut Din, dengan tertangkapnya lima suspek terbabit, pihak polis turut menemui tiga motosikal disyaki motosikal curi dan satu rangka motosikal dari jenis Yamaha 135 LC.
"Malah mereka juga mengaku melakukan 10 kes curi motosikal di daerah ini dan aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak awal tahun," katanya.
Dalam pada itu, Din turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika meletakkan kenderaan mereka di parkir awam, dengan memastikan ianya dikunci dengan sebaik yang mungkin.
"Saya juga perhatikan kebanyakan pemilik motosikal tidak memasang kunci pendua, selain ada sesetengahnya meninggalkan kunci di motosikal mereka, ini akan mengundang berlakunya kes kecurian," katanya.