BTC USD 50,769.0 Gold USD 1,680.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Pencipta Python Sertai Microsoft

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,055
Reaction score
3,798
Points
236
Pencipta bahasa pengaturcaraan Python, Guido van Rossum dilaporkan menyertai Microsoft di bahagian Microsoft’s Developer Division. Laporan itu disahkan oleh pihak Microsoft sendiri apabila menjawab pertanyaan tentang perkara tersebut kepada laman TechCrunch.

We’re excited to have him as part of the Developer Division. Microsoft is committed to contributing to and growing with the Python community, and Guido’s on-boarding is a reflection of that commitment,” Jurucakap Microsoft.

Dengan penyertaan beliau ke dalam pasukan Microsoft, ini bermakna beliau tidak lagi bersama dengan Dropbox selepas lebih 6 tahun bersama syarikat tersebut. Guido van Rossum adalah seorang tokoh pengaturcara komputer yang bertanggungjawab mencipta bahasa pengaturcaraan Python dalam tahun 1989 dahulu.

Beliau pernah bekerja dengan beberapa syarikat teknologi lain sebelum ini seperti di National Institute of Standards and Technology pada pertengahan tahun 90an dan Google dari tahun 2005 hingga 2012. Python merupakan antara bahasa pengaturcaraan paling popular di dunia ketika ini.

 
Top
Log in Register