BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penceroboh Maut Bergelut

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
13.04.2020 - Mersing, Seorang lelaki maut selepas bergelut dengan penjaga bangunan sarang burung walit dan anaknya di Kilometer 16, Jalan Jemaluang-Kota Tinggi di Mersing, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, suspek berusia 33 tahun itu dikatakan menceroboh bangunan itu untuk mencuri sarang burung walit bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward berkata, penjaga bangunan sarang burung walit itu yang berusia 48 tahun dan anaknya yang berusia 17 tahun menerima maklumat berlaku pencerobohan ketika berada di rumah mereka di Kampung Wak Salam.

Katanya, dua beranak terbabit bergegas ke lokasi dan sebaik tiba itu mereka bertembung dengan tiga lelaki sedang menceroboh bangunan itu.

"Berlaku pergelutan dengan salah seorang penceroboh manakala dua lagi melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Cyril, akibat daripada pergelutan itu, suspek maut akibat kecederaan di kepala dan dada, manakala penjaga bangunan itu pula turut mengalami kecederaan di kepala dan lengan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan yang dijalankan berjaya menahan dua suspek yang melarikan diri itu di rumah masing-masing di sekitar Mersing.

“Susulan insiden itu, polis turut menahan dua beranak berkenaan dan mendapat perintah reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 392/397 kerana rompak dengan senjata.

Screenshot-849.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/566064/penceroboh-maut-bergelut
 
Silap hari bulan penjahat 2 ekor tu lepas begitu saja, tuan punya rumah burung tu kena 302.
 
13.04.2020 - Mersing, Seorang lelaki maut selepas bergelut dengan penjaga bangunan sarang burung walit dan anaknya di Kilometer 16, Jalan Jemaluang-Kota Tinggi di Mersing, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, suspek berusia 33 tahun itu dikatakan menceroboh bangunan itu untuk mencuri sarang burung walit bersama dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward berkata, penjaga bangunan sarang burung walit itu yang berusia 48 tahun dan anaknya yang berusia 17 tahun menerima maklumat berlaku pencerobohan ketika berada di rumah mereka di Kampung Wak Salam.

Katanya, dua beranak terbabit bergegas ke lokasi dan sebaik tiba itu mereka bertembung dengan tiga lelaki sedang menceroboh bangunan itu.

"Berlaku pergelutan dengan salah seorang penceroboh manakala dua lagi melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Cyril, akibat daripada pergelutan itu, suspek maut akibat kecederaan di kepala dan dada, manakala penjaga bangunan itu pula turut mengalami kecederaan di kepala dan lengan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan yang dijalankan berjaya menahan dua suspek yang melarikan diri itu di rumah masing-masing di sekitar Mersing.

“Susulan insiden itu, polis turut menahan dua beranak berkenaan dan mendapat perintah reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 392/397 kerana rompak dengan a
senjata.

Screenshot-849.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/566064/penceroboh-maut-bergelut

Salah satu risiko perniagaan sarang burung, banyak penceroboh bila tak ada org awasi tapak kawasan.
 
Back
Top
Log in Register