BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Penarik kereta ditemui mati ditetak

redx

Active Member
Messages
1,429
Paid Membership
Joined
Jul 13, 2007
Messages
1,429
Reaction score
123
Points
43
JOHOR BAHRU – Seorang penarik kereta ditemui maut di dalam longkang di Kilometer 40.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sedenak, Kulai dekat sini dalam kejadian Ahad lalu.

Mangsa berusia 34 tahun itu ditemui mati dengan beberapa tetakan dan kecederaan pada anggota badan serta kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire.

Menurutnya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada kerja menarik kereta di Johor Bahru susulan pemiliknya gagal membayar wang ansuran bulanan.

“Kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa terbabas sejurus dihimpit dua buah kenderaan yang lain.

“Pelanggaran tersebut dipercayai berpunca rasa tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menarik kereta Toyota Velfire berkenaan,” katanya.

Md. Yusof berkata, mangsa ditetak beberapa kali sebelum ditinggal dan disahkan meninggal dunia manakala rakannya sempat melarikan diri.

Jelasnya, susulan kejadian itu polis berjaya memberkas dua lelaki berusia 26 dan 33 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
41608733423_PenarikkeretaMati.jpg



IMG-20201225-WA0003.jpg
IMG-20201225-WA0004.jpg
IMG-20201225-WA0005.jpg
IMG-20201225-WA0006.jpg
IMG-20201225-WA0007.jpg
IMG-20201225-WA0008.jpg
 
Kes tarik kereta tapi apa kena mengena dgn gambar2 5 colour tu .......... Geng 5 line pula ke?
 
Kejab je ni, kena kutip le nanti ........ Dah ada kematian polis tak duduk diam punya
 
keje ni mmg bahaya.. samada org takut atau tak percaya dkt diorang

yg menyamar jadi penarik kete pun ade..

org tengah drive kete dia suruh berhenti sambil tunjuk kertas konon surat tarik kete

kalau berhenti.. memang kena samun lah jawabnya.. tengah siang pun ramai yg kena

kalau jumpa mmg terus drive ke balai polis lah.. baru dia stop follow kita
 
10 geng 5 'colour' dicekup

Johor Bahru: Polis Johor menahan 10 ahli kongsi gelap Ngo Seik Kee atau lima 'colour' dalam serbuan di Bakri, Muar tengah malam tadi susulan kes bunuh penarik kereta Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan yang dilakukan Pasukan khas Bahagian Siasatan Khas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada jam 12.15 tengah malam bagi membantu siasatan kes berkenaan. Katanya, semua lelaki tempatan berusia 17 hingga 31 tahun itu ditahan susulan pendedahan dua suspek yang ditahan di lokasi ketika kejadian.

"Hasil siasatan mendapati motif kes ini adalah berkaitan rasa tidak puas hati pembayaran kenderaan yang dibeli dan lari daripada pihak bank.

"Setakat ini keseluruhan 12 ahli geng kongsi gelap Ngo Seik Kee ditangkap. Kami juga sedang mengesan beberapa lagi yang masih bebas.

"Polis percaya kes ini dapat diselesaikan dengan tangkapan semua suspek terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ayob Khan, hasil semakan juga mendapati semua tangkapan mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan dadah dan jenayah.

Ayob Khan turut menasihatkan orang ramai tidak terbabit dengan tawaran pembelian kenderaan murah yang mempunyai masalah bayaran kepada pihak bank oleh pihak tertentu.

"Ini kerana kenderaan murah ini kebiasaannya mempunyai kaitan dengan aktiviti untuk mendapatkan perlindungan daripada kongsi gelap," katanya.

Kesemua suspek akan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut.

Ahad lalu, seorang lelaki yang ditemui mati dalam longkang di Kilometer 40.1 Lebuhraya PLUS berhampiran Sedenak, dipercayai diserang oleh sekumpulan individu tidak dikenali.

Mangsa lelaki warga tempatan, 34, difahamkan bekerja sebagai penarik kereta ditemui mati dalam keadaan beberapa tetakan dan kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan yang lain.
 
Back
Top
Log in Register