BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penantian malang

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU: Penantian penuh debaran empat bulan seorang budak perempuan untuk bertemu dengan kekasih yang hanya dikenali menerusi telefon sebelum ini membawa padah apabila dia menjadi mangsa rogol tiga lelaki durjana.
Mangsa berusia 12 tahun yang masih menuntut di sebuah sekolah rendah di sini, dikatakan berkenalan dengan teman lelakinya yang berusia 22 tahun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan telefon.


Selepas sekian lama memendam rindu dan termakan pujukan lelaki itu, gadis yang berasal dari Kampung Teluk Menara, Manir, dekat sini, itu akhirnya menerima pelawaan kekasihnya untuk bertemu tanpa rasa sangsi.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata mangsa kemudiannya keluar menunggu kekasihnya berdekatan Klinik Kesihatan Kubang Jela, tetapi teman lelakinya tidak muncul sebaliknya mewakilkan kepada rakannya pergi mengambil mangsa kira-kira jam 4 petang Isnin lalu.


Katanya, suspek memberitahu kepada mangsa mengatakan teman lelakinya tidak dapat datang dan meminta mengambil gadis berkenaan kerana perlu menyelesaikan satu kerja lain dan mangsa tidak berfikir panjang mengikut suspek.


“Suspek membawa mangsa balik ke rumah sewa di Jalan Sultan Mahmud, dekat sini dan mendapati teman lelakinya sedang menunggu bersama seorang lagi rakan.


“Suspek yang memang mempunyai niat buruk terhadap mangsa akhirnya merogol mangsa dan tidak cukup dengan itu, gadis berkenaan dirogol pula oleh rakan suspek,” katanya.


Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 9.30 malam Selasa lalu dan selepas mendapat keterangan daripada mangsa polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek dan kini direman selama seminggu dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan pembantu farmasi berasal dari Kelantan dan bandar raya ini kini direman selama seminggu dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
 
apa yg dibualkan dlm telepon tu ekk...smpi budak 12 thn pun nk dirogolnyer...dh prepare awal2 laks tu...
 
kl kes2 mcm ni lambt je nk ambik langkah pencegahan..

duit sibuk kira duit la kot..
 
ke arah kewujudan sekolah hamil...
 
Alahai...budak skolah rendah dah ada prasaan utk bercinta lak....adehhhhh....yg lelaki lak boleh bedal ikut sesedap rasa aje dgn budak mentah (budak pompuan ni baru akil baligh agaknya).....
 
Awat, pelik apsal bnyk kes budak bawah umoq ni...
 
mosti dah mantup budak fomfuan ni kan.sampai napsu leh naik .zaman den dulu budak fomfuan bawah umur mmg nampak bawak umur.
 
Pelik gak...budak2 sekarang mudah sgt percaya pada org yg baru dikenali..senang2 ja ikut...hurm,akal masih pendek lagi ni...~X(
 
Back
Top
Log in Register