BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penangan putus cinta

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cintanya putus di tengah jalan, seorang lelaki nekad melompat ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak laju di Jalan Pudu, di sini.

Bagaimanapun, perbuatan ‘gila’ lelaki berusia 20-an tidak menjadi apabila dia hanya mengalami cedera ringan.

Sebaliknya, kesan perbuatan gila terbabit lebih dirasai pemandu malang kereta berkenaan apabila cermin depan keretanya pecah akibat dihempap lelaki berkenaan.

Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, lelaki berusia 25 tahun yang sedang memandu kereta miliknya itu terkejut apabila secara tiba-tiba seorang lelaki melompat di bahagian depan kenderaannya.

Menurut sumber, mangsa yang panik dengan kejadian itu kemudian memberhentikan kereta sebelum keluar daripada kenderaan berkenaan.

“Mangsa kemudian menyoal lelaki terbabit mengapa dia melakukan perbuatan sedemikian, namun, lelaki itu seolah-olah seperti tidak waras dan hanya berdiam diri,” katanya di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, orang ramai yang kebetulan melalui jalan berkenaan berhenti untuk melihat kejadian itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Sumber itu berkata, mangsa kehairanan apabila lelaki terbabit masih tidak berkata apa-apa dan hanya berdiam diri apabila ditanya kenapa dia melompat ke arah keretanya.

“Walaupun didesak berkali-kali, lelaki terbabit hanya mendiamkan diri.

“Bagaimanapun, ada beberapa orang yang mengenali lelaki itu memaklumkan bahawa dia sebenarnya mahu membunuh diri akibat putus cinta,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis di balai berhampiran.
 
owh...penah tgk ni.....tp lain versi sket....bawak motor laju2 melawan arus....sib baik tak kena langgar
 
Ape hal la mamat ni.
Kalau nk bunuh diripun gunala cara lain...
Ni nyusahkn org je...:)):))
 
dia ingat neraka tu sejuk ke..huhuhu...
 
disebabkan cinta...
isk . . isk . .
smpai sanggup nk bunuh diri..
 
skang neyh menjadi2 plak tabiat melompat2 neyh. :-?
 
adoila...nak bunuh diri pi la terjun lombong....ni bikin susah jer
 
dah berita kata putus cinta di tengah jalan, die melompat la kat keta. kalau berita kata putus cinta di atas jambatan, bole gak die terjun jambatan. ataupun putus cinta di atas bangunan, bole la die terjun bangunan. :p
 
Back
Top
Log in Register