ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
SUHAIMI ABDULLAH (dua dari kiri) melihat kawasan yang perlu dibersihkan selepas pelancaran Program Jernihkan Kuala Kedah di Kampung Ulu, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah, semalam. UTUSAN/SAFRIZAL AZMI
ALOR SETAR 25 Mac - Bilangan penagih dadah baharu yang terdiri daripada mereka yang berusia bawah 30 tahun didapati meningkat sebanyak 40 peratus pada tahun lalu.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Suhaimi Abdullah berkata, trend penyalahgunaan dadah lebih melibatkan golongan muda dan pihaknya mendapati perkara itu amat membimbangkan.
“Secara keseluruhannya pada tahun lalu terdapat sebanyak 21,200 penagih di seluruh negara dan 200 daripadanya adalah golongan penagih baharu yang merupakan golongan muda.
“Perkara ini amat serius dan AADK serta agensi lain akan terus menjalankan pelbagai program seperti program pencegahan, penguatkuasaan dan juga rawatan untuk memastikan gejala ini dapat dibendung,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Jernihkan Kuala Kedah di Kampung Ulu, Kuala Kedah di sini hari ini.
Menurut Suhaimi, dadah jenis opiat seperti heroin dan morfin mencatatkan permintaan yang tinggi di Semenanjung iaitu sebanyak 60 peratus manakala dadah perangsang jenis amphetamine (ATS) seperti syabu pula digunakan lebih 90 peratus di Sabah dan Sarawak,” jelasnya.
Dalam pada itu, tambah beliau, di Kedah daerah Kota Setar, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Kubang Pasu mencatatkan bilangan penagih dadah yang tinggi.
“Sebanyak 4,965 dicatatkan di Kedah pada tahun lalu dan sebanyak 1,713 termasuk 19 wanita merupakan penagih berulang.
“Di Kuala Kedah sahaja sebanyak 121 penagih dengan 80 penagih baharu terdiri daripada golongan muda dicatatkan pada tahun lalu,” katanya.