BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penafian Ramly Pasal Bab1

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
Kepada
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,

DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

http://pakarhowto.com/pengumuman/hot-dog-keluaran-syarikat-ramly-ada-dna-****.html

392693_279961665372516_100000760536540_742511_96040549_a.jpg
 
Ramly nih dari dulu ada orang nak jatuhkan dia..nak wat macam mana..orang Islam kalu ada yang berjaya..ramai la yang jaki..dulu dengan Syed Mokhtar Albukhary..bab lesen beras..:))
 
Ada jawapan daripada Bahagian Halal jakim kat Islam Grid.. sumber boleh rujuk kot

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/40798

Soalan
salam..saya ingin mengemukan isu yang telah saya lihat di facebook iaitu hotdogs ramly yang dikatakan mengandungi DNA ****, adakah benar hotdogs ramly? saya inginkan kepastian.terima kasih

Jawapan
Wassalam,
Sejak kebelakangan ini memang terdapat banyak dakwaan palsu yang disebarkan melalui internet khususnya di dalam Face Book. Ia dilakukan untuk mengilirukan pengguna Islam di dalam memilih makanan atau produk yang halal disamping tujuan yang lain.
Mengenai dakwaan terdapatnya kandungan DNA **** di dalam Hotdogs keluaran Ramli, ia adalah dakwaan palsu yang cuba disebarkan di malaysia.
Pihak halal JAKIM telah membuat penyiasatan mengenainya dengan mengambil sampel dari kilang yang mengeluarkannya dan menghantarnya ke jabatan kimia bagi tujuan siasatan. Hasilnya tidak terdapat sebarang kandungan DNA **** ataupun unsur-unsur yang boleh diragui status kehalalannya di dalam produk tersebut dan juga produk-produk keluaran Ramli yang lain.
Pesanan Panel, sila buat rujukan di laman web http://www.halal.gov.my untuk mengetahui barangan atau produk yang telah diakui kehalalannya dan anda juga dinasihatkan supaya jangan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan berita atau email yang diterima. Wallahu ‘Alam.

Sumber:
Bahagian Halal Jakim.
 
Ramly nih dari dulu ada orang nak jatuhkan dia..nak wat macam mana..orang Islam kalu ada yang berjaya..ramai la yang jaki..dulu dengan Syed Mokhtar Albukhary..bab lesen beras..:))
lumrah dunia. sedangkan yg baru nak naik pun ada yg dengki inikan pula yg dah berjaya
 
ada org buat produk tiruan guna jenama ramly ke?
 
biase la.tak bole tgk orang melayu islam yg berjaya..
 
ramai btul berkelayakan PHD, nak menjatuhkan jadi keutamaan, ada je idea, utk kebaikan....hampeh
 
Ramly nih dari dulu ada orang nak jatuhkan dia..nak wat macam mana..orang Islam kalu ada yang berjaya..ramai la yang jaki..dulu dengan Syed Mokhtar Albukhary..bab lesen beras..:))

die ni ade IPP ni? cmne lak bro? menyangak seluruh rakyat malaysia tanpa belas kasihan
 
Ramly nih dari dulu ada orang nak jatuhkan dia..nak wat macam mana..orang Islam kalu ada yang berjaya..ramai la yang jaki..dulu dengan Syed Mokhtar Albukhary..bab lesen beras..:))

satu2nya industri melayu/islam yang berjaya
product2 lain dari kaum tuttt pun xboleh lawan
tuh yang dengki
 
Back
Top
Log in Register