BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pen milik mendiang Lee Kuan Yew dilelong; bidaan tertinggi cecah S$41,000

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Pen milik mendiang Lee Kuan Yew dilelong; bidaan tertinggi cecah S$41,000​

lky_mont_blanc_1.jpg

Pen dakwat Montblanc Meisterstuck No. 146 berwarna perak yang pernah dimiliki Perdana Menteri Pengasas Singapura Lee Kuan Yew kini dilelong. (Gambar: Hotlotz)

SINGAPURA: Pen dakwat Montblanc Meisterstuck No. 146 yang pernah dimiliki Perdana Menteri Pengasas Singapura Lee Kuan Yew kini dilelong di Singapura, dengan bidaan tertinggi mencecah S$41,000 setakat laporan diterbitkan.

Menurut rumah lelong Hotlotz, pen berwarna perak itu terukir dengan tulisan "SM Lee Kuan Yew", merujuk kepada tempoh mendiang berkhidmat sebagai Menteri Kanan Singapura.

IKLAN

Pen tersebut pernah dijual dalam lelong amal Koleksi Keluarga Lee Kuan Yew pada Julai 2003.

Montblanc Meisterstuck No. 146 merupakan pen dakwat dengan sistem pengisian omboh (piston-filling), kemasan bersadur emas serta lambang putih ikonik Montblanc pada penutupnya.

Bergantung pada edisi dan keadaan, model tersebut biasanya dijual pada harga antara AS$500 (S$640) dengan lebih AS$2,500 (S$3,200), menurut butik rasmi Montblanc.

BIDAAN TERTINGGI S$41,000

Pen milik mendiang Encik Lee merupakan antara barangan utama dalam lelong online 'Interiors & Collectibles – August: Fine Art Focus' anjuran Hotlotz yang bermula pada Selasa (4 Ogos).

IKLAN

Setakat laporan diterbitkan, pen tersebut sudah menerima sekurang-kurangnya 19 bidaan, dengan bidaan tertinggi mencecah S$41,000.
Pen Montblanc itu terukir dengan tulisan "SM Lee Kuan Yew", merujuk kepada tempoh mendiang Lee Kuan Yew berkhidmat sebagai Menteri Kanan Singapura. (Gambar: Hotlotz)
Lelong tersebut turut menampilkan karya beberapa seniman terkenal Singapura.

Ia termasuk dua lukisan dakwat oleh Lim Tze Peng, karya 'Singapore Chinatown' oleh Chua Mia Tee, lukisan 'Gibbons' oleh Chen Wen Hsi serta karya seramik oleh penerima Pingat Budaya Iskandar Jalil.

Orang ramai yang berminat boleh melihat pen milik mendiang Encik Lee di bilik pameran Hotlotz di Bukit Merah.

Pen tersebut disenaraikan sebagai Lot 51.

Bidaan akan ditutup pada 16 Ogos 2026, pukul 6.00 petang.

 
Back
Top
Log in Register