eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KANGAR: Seorang pemuda berusia 28 tahun tidak sempat bersarapan selepas rebah dan meninggal dunia berhampiran sebuah klinik di Jalan Seruling di sini, semalam kerana diserang sakit jantung.
Mohd Shukri Mohamed Yusof dari Taman Seri Intan, Repoh, dekat sini, dikatakan menunggang motosikal seorang diri ke sebuah restoran sebelum mengubah haluan ke klinik apabila berasa menggigil akibat serangan jantung.
Dia yang disyaki menghidap penyakit jantung berlubang sempat menghentikan motosikal berhampiran klinik sebelum rebah dan dipapah orang ramai memasuki klinik berkenaan dalam kejadian jam 10 pagi itu.
Bagaimanapun, belum sempat menerima rawatan, doktor mengesahkan pemuda yang pernah bekerja di sebuah stesen minyak di bandar ini sudah meninggal dunia.
Pembantu klinik yang enggan namanya disiarkan berkata, pekerja di sini terkejut apabila menerima seorang pesakit dalam keadaan nazak dan dipapah orang ramai tanpa mengenali identiti dan penyakitnya.
“Bagaimanapun, seorang pesakit yang dirawat di klinik itu mengenali lelaki berkenaan dan memberitahu dia menghidap jantung berlubang sebelum menghubungi keluarga pemuda berkenaan,” katanya.
Abang Mohd Shukri, Mohd Nizam, 33, hadir ke klinik dan mengesahkan mayat berkenaan adalah adiknya.
Mayat Mohd Shukri dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dengan menggunakan kenderaan polis.
Mohd Nizam berkata, adiknya mungkin hendak mendapatkan rawatan di klinik berkenaan selepas diserang sakit jantung ketika keluar seorang diri untuk bersarapan di bandar ini.
“Arwah menghidap jantung berlubang sejak kecil dan perlu menjalani rawatan susulan pada 15 Disember ini,” katanya.
Menurutnya, Mohd Shukri pernah bekerja di stesen minyak dan terpaksa berhenti kerja kerana alahan terhadap penyakit dialami dan dia baru tiga hari menjalani rawatan di HTF
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.