BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemuda dituduh bunuh tunang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



SEPANG 19 Mei – Seorang pemuda berdepan hukuman di tali gantung setelah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membunuh tunangnya yang mayatnya ditemukan orang ramai di bawah jambatan di Cyberjaya, awal bulan ini.

Amal Adil Alias, 26, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Rosshida Abdullah, 30, di bawah jambatan Cyberjaya menuju ke Garden Residence KM 37.2, Lebuhraya LDP Cyberjaya-Puchong di sini antara pukul 5 pagi dan 1 petang, 6 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan namun tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd. Salim.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, B. Uma Devi manakala Amal Adil diwakili peguam, Azizzul Shariman Mat Yusoff.

Mahkamah menetapkan 25 Jun ini sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan laporan bedah siasat.

Menurut laporan akhbar, pada 6 Mei lalu, mayat Rosshida yang merupakan pekerja restoran telah ditemukan orang ramai dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di bawah jambatan di Cyberjaya kira-kira pukul 5 petang.

Yang turut ditemukan bersama mayat wanita itu adalah beg tangan, kad pengenalan dan sekeping nota bertaip yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tekanan kerana diburu ah long akibat berhutang sebanyak RM50,000.
 
RM50k pinjam Ahlong dan menjadi punca segala masalah hingga hilang nyawa.

Janganlah berhutang dan terperangkap dalam sistem kapitalist.
 
Back
Top
Log in Register