elle<>didy
Freshie
- Messages
- 43
- Joined
- Oct 26, 2008
- Messages
- 43
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
Soalan powernih...hehehehe. Aku cuba jawab eh...
Neuter pada kucing jantan dipanggil castration dan kucing betina di panggil spay. Kucing boley di neuter bila berat badan dia mencapai 1kg.
Kucing jantan - hanya satu cara sahaja yang biasa digunapakai oleh vet-vet di Malaysia iaitu testisnya dibuang terus. Implikasinya - tabiat kencing merata-rata dapat dikurangkan atau dia memang takkan kencing merata2 lagi seumur hidup disebabkan hormon kejantanannya telah hilang. Dari segi perangai...ada kucing jantan yang bertambah garang selepas dineuter ataupun sebaliknya. Kalau bab bergaduh...no problem. Kucing neuter atau tak neuter sama jek hebatnya. Cuma kucing yang telah dineuter selalunya tak suka carik pasal untuk bergaduh. Pertambahan berat badannya akan meningkat dengan mendadak. Beri makanan yang khas kepadanya bagi mengawal kenaikkan berat badan untuk mengelakkan ia menjadi terlampau obes.
Kucing betina - terdapat 3 cara:
1. Hysterectomy - uterus sahaja dibuang. Kucing ini ada kemahuan untuk mengawan dan meneruskan kehidupan sosialnya, dan tidak akan melahirkan anak sampai bila2. Bila bulan mengambang....ko boley dengar dia mengiau selang 3 atau 4 rumah...heheheheh
2. Ovariohysterectomy - ovari dan uterusnya dibuang. Kucing ini tidak ada kemahuan untuk mengawan dan tidak akan melahirkan anak lagi.
3. Chemical methode - kucing betina disuntik 5 atau 6 bulan sekali dengan sejenis hormon untuk mengekang proses berahi daripada berlaku. Kucing ini tidak akan mengawan sepanjang durasi 6 bulan tersebut.
Kucing betina yang telah dineuter juga perlu diberi makan makanan yang sesuai. Pada satu peringkat umur, kemungkinan dia akan menghadapi masalah kencing tak tus. Dapatkan supplement daripada vet anda untuk menangani masalah tersebut.
So far ..that's all.![]()
Elle ada 2 ekor kucing jenis maine coon, hadiah dr kawan masa belajar kat New Zealand > Kitty n Dolly...masalahnya dua2 babies Elle ni kucing betina. Dua2nya takut nak keluar rumah atau pada strangers...lately ni, kalau tak silap Elle dua2 ni mula buat annoying sounds dan aksi2 yg terlalu ekstrim. Kawan2 Elle komen sbb kucing2 Elle ni sounds like that sbb nak mengawan. Tapi dua2nya ni kalau nampak kucing jantan lain asyik nak menampar 'jejaka2' tu bila dekat aje...
