BTC USD 84,118.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

^Peminat Tegar Kucing - Jom Sembang ^

Cat breeds impian anda?

  • Total voters
    702
yg samer warna tuh mmg besar, tp yg bongsu acik tu warna itam kecik sikit la dr yg lain.. smua sambut sendiri..heheheheheh
 
Tanye ... Kalau kucing cirit berak kuar air je nape
 
Tanye ... Kalau kucing cirit berak kuar air je nape

Ada banyak sebab sebenarnya kalau kucing cirit (diarrhoea). Selalunya berlaku kepada anak kucing. Antara sebab-sebab yang utama - kecacingan, jangkitan kuman (bakteria, virus, protozoa, rickettsia) pada usus atau makanan yang tidak sesuai.

Seelok-eloknya bawa kucing sedara ke klinik haiwan yang berhampiran. Sementara itu..pastikan kucing tu minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Harap dapat membantu....:D
 
nk tny... seko ank kucing ni aku br selamatkn die dr jd kucing jalanan.... tp skang die sakit mata... camne nk wat... pastu bdn die ade cam kesan gatal ke ape aku xtau arrr... nk bwk g vet xde mase lg... mintak bantuan sape tau...
 
tq tq.... aku br berjinak2 nk bela.. ade dah sekor anak kucing.. tapi tu la nk ngajo berak luar camne?
 
heheheh...kena gak bawak gi Vet...:D
 
tq tq.... aku br berjinak2 nk bela.. ade dah sekor anak kucing.. tapi tu la nk ngajo berak luar camne?

Ngajor ni kena sabar dan ko kena perati perangai anak kucing tuh. Asal dia nak terberak jek...ko letak ler kat luar. Sediakan pasir untuk tempat dia 'melabur' tuh. Cuba ler....:D
 
Dude! Sesiapa yang pakar aku nak minta pandangan sikit..

Kalau spay dan neuter tu agak-agak kejam tak? Ada kesan negatif tak pada kucing tu? Aku tak tau nak susun ayat yang paling manis, tapi, kucing tak rasa tertekan ke sebab tak dapat nak xxx, atau adakah kucing tu boleh xxx tapi tak boleh beranak pinak, kencing merata. Lagi satu, dengar kata kucing jantan yang neuter ni kurang terjebak dengan pergaduhan, tapi kalau diserang, dia boleh menang tak, atau sekurang-kurang nya mempertahnkan diri? adakah dia akan hilang kejantanannya..atau aku yang salah faham dengan konsep neuter?
 
Soalan powernih...hehehehe. Aku cuba jawab eh...:D

Neuter pada kucing jantan dipanggil castration dan kucing betina di panggil spay. Kucing boley di neuter bila berat badan dia mencapai 1kg.

Kucing jantan - hanya satu cara sahaja yang biasa digunapakai oleh vet-vet di Malaysia iaitu testisnya dibuang terus. Implikasinya - tabiat kencing merata-rata dapat dikurangkan atau dia memang takkan kencing merata2 lagi seumur hidup disebabkan hormon kejantanannya telah hilang. Dari segi perangai...ada kucing jantan yang bertambah garang selepas dineuter ataupun sebaliknya. Kalau bab bergaduh...no problem. Kucing neuter atau tak neuter sama jek hebatnya. Cuma kucing yang telah dineuter selalunya tak suka carik pasal untuk bergaduh. Pertambahan berat badannya akan meningkat dengan mendadak. Beri makanan yang khas kepadanya bagi mengawal kenaikkan berat badan untuk mengelakkan ia menjadi terlampau obes.

Kucing betina - terdapat 3 cara:

1. Hysterectomy - uterus sahaja dibuang. Kucing ini ada kemahuan untuk mengawan dan meneruskan kehidupan sosialnya, dan tidak akan melahirkan anak sampai bila2. Bila bulan mengambang....ko boley dengar dia mengiau selang 3 atau 4 rumah...heheheheh

2. Ovariohysterectomy - ovari dan uterusnya dibuang. Kucing ini tidak ada kemahuan untuk mengawan dan tidak akan melahirkan anak lagi.

3. Chemical methode - kucing betina disuntik 5 atau 6 bulan sekali dengan sejenis hormon untuk mengekang proses berahi daripada berlaku. Kucing ini tidak akan mengawan sepanjang durasi 6 bulan tersebut.

Kucing betina yang telah dineuter juga perlu diberi makan makanan yang sesuai. Pada satu peringkat umur, kemungkinan dia akan menghadapi masalah kencing tak tus. Dapatkan supplement daripada vet anda untuk menangani masalah tersebut.

So far ..that's all. :D
 
Last edited:
teringin nk bela exotic shorthair...
kat mana ek ada jual spesis ni dgn harga mampu milik? :P
 
Back
Top
Log in Register