kawe rasanya kategori ni doh...tp kadang2 ada jugak jadi susoh nk tido... mungkin atas bean kot... kalu strong .. mmg cerah mata laa
Entahlah, orang kata kalau minum kopi pada lewat malam akan susah tidur.
Tapi pada keadaan saya, kalau ngantuk tu minum kopi sebalang pun tetap akan tidur juga

Lain badan lain reaksi kot.
SETIAP cawan kopi yang kita minum mempunyai kandungan kafein yang berbeza. Lebih penting lagi setiap individu mempunyai penerimaan tahap kafein yang berbeza.
Ramai yang minum kopi untuk mendapatkan rasa segar kerana merangsang otak. Tetapi tidak semua orang mendapat kesan yang sama.
Sebagai contoh ada orang yang minum secawan kecil kopi pada waktu maghrib, mungkin terus tidak dapat tidur sepanjang malam. Ada pula yang walaupun mengambil minuman itu, namun tiada masalah untuk tidur dengan nyenyak.
Mengapa hal itu terjadi?
Itu disebabkan terdapat satu gen PDSS2 yang mempengaruhi bagaimana kafein diproses dalam tubuh seseorang. Mereka yang ada gen itu akan memproses kafein dengan lebih perlahan dan lambat dicernakan. Ia menyebabkan tahap kafein dalam tubuh kekal dalam kadar yang tinggi.
Itu juga sekali gus menyebabkan kesan kafein berlaku lebih lama dalam tubuh dan memberikan rangsangan seperti berdebar-debar dan tidak mengantuk.
Jadi individu yang mempunyai gen itu hanya meminum sedikit saja kopi untuk mendapat kesan rangsangan kopi. Mereka mudah menerima kesan sampingan kopi (berdebar-debar, sukar tidur, dan jari menggeletar). Namun ia juga bergantung pada jenis kopi.
Kita tak perlu buat kajian sama ada kita ada gen itu atau tidak. Melalui pengalaman sendiri, kita sudah boleh mengagak sama ada kita mempunyai atau tidak gen tersebut.
Jika minum secawan kopi kemudian tak mampu lelap sehingga azan Subuh, bermakna mungkin kita ada gen itu. Minum kopi tanpa gula dan krimer memang bermanfaat, cuma jangan berlebihan.
Researchers from the University of Edinburgh looked at genetic information from 370 people living in a small village in southern Italy and 843 people from six villages in north-east Italy
www.wired.co.uk
Semoga bermanfaat.
Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
SETIAP cawan kopi yang kita minum mempunyai kandungan kafein yang berbeza. Lebih penting lagi setiap individu mempunyai penerimaan tahap kafein yang...
www.sinarharian.com.my