BTC USD 80,625.4 Gold USD 4,356.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Peminat Barang Pre-Loved / 2nd hand

Nampak cun lagi jam nya tu jang
Berbaloi jugak la beli
memey cun lagi ni.. tgk depan2 bole belek2.. memula den risau size 46mm besar sgt sbb tgn den kecik je :LOL:

dan try, cun..angkat trus

nnt den up bini den punya lak.. pon 2nd hand, tp tak penah guna katanya.. yg ni tak tgk dpn2.. tgk gmbr je hihi
 
Kat TikTok ramai la pre loved seller ni... Member2 opis aku ramai kaki pre loved ni... Beg silang... Hoodie... T shirt.... Gajet aku jarang lak tgk... Kalo Ade mohon share yer... Nak cari hak device pre loved
takat ni dah 3 biji phone den beli pre loved .. 1 dah tersadai.. sblm ni rajin root2, so den pon root la phone tu.. skang nak install apps, ada yg den nak guna, takleh guna sbb root tu haha

nak unroot tak pandai.. lama dah tinggal benda ni.. kene study sikit
 
Aku handset skarang smua beli barang 2nd.
LGV60, SE (tak ingat model apa) skarang pakai P30
Tgh riki2 pixel 8 pro hahaha
yeah mantap.. den pon akan kekal beli hp 2nd hand sampai den mampuih 🤭

kene sabaq dan rajin skit la nak cari yg murah.. kalo beli 2nd kat kedai tak syok, sbb biasanya tak lengkap ngan charger, cable dan aksesori2 lain.. direct beli ngan owner boleh dpt fullset kalo bernasib baik..
 
memey cun lagi ni.. tgk depan2 bole belek2.. memula den risau size 46mm besar sgt sbb tgn den kecik je :LOL:

dan try, cun..angkat trus

Tak besar dah jang size tu
Ngam dah
Rasa saiz lengan kita lebih kurang je

nnt den up bini den punya lak.. pon 2nd hand, tp tak penah guna katanya.. yg ni tak tgk dpn2.. tgk gmbr je hihi
 
Ada orang kata pre-loved tu bukan barang 2nd.
Tapi barang yang dibelum dibuka, belum dipakai atau baru pakai sekali je.
Contoh penjual tu jual jam sebab menang lucky draw.
Penjual tu tak minat jam tu dan dia jaual.
*Betulkan kalau saya silap.
 
Ada orang kata pre-loved tu bukan barang 2nd.
Tapi barang yang dibelum dibuka, belum dipakai atau baru pakai sekali je.
Contoh penjual tu jual jam sebab menang lucky draw.
Penjual tu tak minat jam tu dan dia jaual.
*Betulkan kalau saya silap.

Saja cari kat Google maksud Pre-Loved


Selalu kita nampak orang mengiklankan item dan menjual barang preloved di media sosial Facebook, Instagram dan laman jual beli popular seperti Carousell dan Mudah.my. Tapi tahukah anda apakah maksud barang preloved?

Preloved adalah perkataan English yang bermaksud “pernah disayangi”. Ia boleh ditakrifkan sebagai barang yang telah dimiliki sebelumnya dan akan berubah tangan, atau dalam istilah lain adalah secondhand.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penjelasan lain yang lebih luas mengenai barangan pre-loved, iaitu:

Barang yang kita beli sendiri dan telah menggunakannya beberapa kali;
Barang yang kita beli sendiri tetapi kita tidak pernah menggunakannya; dan
Barang hadiah dari orang lain tetapi tidak pernah kita digunakan.

Ketiga-tiga jenis barang yang disebutkan di atas adalah barang yang dapat dikategorikan sebagai ‘barang preloved’. Secara amnya, syarat standard bagi barangan preloved adalah berbeza-beza. Sesetengah orang berpendapat bahawa barang preloved adalah barang yang masih sesuai digunakan walaupun bukan dalam kondisi baru.

Terdapat juga orang yang mendefinisikan barang preloved mestilah barang berjenama. Sebenarnya, definisi barang preloved yang sangatlah luas, bukan hanya yang branded sahaja.

Preloved sendiri diambil dari kata ‘yang disukai’, bermaksud barangan yang kita sukai atau dengan kata lain barang yang berkualiti dan masih boleh digunakan. Kadang- kadang ada barang yang masih kita sayang dan masih berkeadaan elok tetapi sudah tidak kita gunakan. Jadi apa kita hendak buat? Kita boleh jual barang-barang tersebut pada orang lain.

Jadi apa kata anda semua, Prelovers?


 
Back
Top
Log in Register