Aku pun tak tau nak cakap apa hehehe. Masing-masing perlu mempertahankan
pendirian yang ada dalam jiwa. Tapi, tak mengapa asalkan perjuangan
yang masing-masing perjuangkan tu mempunyai objektif dunia dan akhirat.
Aku tak ada komen kepada mana-mana geng-geng politik dan CG. Masing-masing
mempunyai idealogi berbeza. Cuma ada yang memprovokasi dan menghina rakan
lain-lain dan pemimpin itu je boleh mengundang persengketaan.
Kita di CG sepatutnya mengambil pendekatan posotif. Jangan disebabkan
perbezaan pendapat, ada yang di antara kita mula nak bergaduh.
Aku lebih suka ambil pendekatan sederhana dr segi luahkan pendapat.
Aku pernah tersempak dgn TG Nik Aziz kat Taman Warisan, Putrajaya. Senyum
je aku tengok dia. Memang sempoi. Aku tak pernah nampak Datuk Sri Najib lagi
setakat ni. Tapi, Tun Mahathir aku tersempak masa lumba basikal kat Sepang
3 bulan lepas. Pun lebih kurang mcm TG Nik Aziz, senyum memanjang.
Secara peribadi, aku tak lah kenal mereka berdua. Tapi, aku percaya
masing-masing mempunyai kharisma yang mantap, walau apa pun mereka
perjuangkan, kita patut hormati mereka.
Tak perlu menghina sesiapa pun hingga boleh cetuskan persengketaan.