BTC USD 75,875.2 Gold USD 4,294.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin Korea Utara humban jeneral derhaka dalam kolam piranha

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,537
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,537
Reaction score
4,820
Points
266

a-883.jpg

ADA pihak percaya Kim Jong-un mendapat idea kaedah bunuh guna ikan piranha dari siri filem James Bond. - AFP

  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 10 Mei 2022, 10:00 am


PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un didakwa pernah membunuh seorang jeneral tentera dengan mencampakkannya ke dalam sebuah tangki air yang dipenuhi dengan ikan piranha.
Tindakan itu merupakan satu daripada kaedah kejam digunakan oleh pemimpin tersebut untuk membunuh individu yang menderhaka kepadanya sejak beliau memegang tampuk pentadbiran pada 2011.

Kaedah lain termasuk menembak pegawai sehingga badannya berkecai menggunakan pistol antikereta kebal serta menggantung dan membakar seorang banduan sehingga mati dengan penyembur api.

Memetik laporan Daily Star, Jong-un membina tangki gergasi itu di dalam Kediaman Ryongsong, satu daripada kediamannya.
Laporan itu mendakwa bahagian tangan dan tubuh badan mangsa ditetak dengan pisau sebelum dicampakkan ke dalam tangki dipenuhi dengan ratusan ikan piranha yang didatangkan khas dari Brazil.

Ada pihak percaya Jong-un mendapat idea kaedah bunuh guna ikan piranha dari siri filem James Bond: The Spy Who Loved Me yang menyaksikan aktor Karl Stromberg yang memegang watak antagonis membunuh musuhnya dengan mencampakkan mereka ke dalam akuarium dipenuhi ikan jerung.

Jeneral itu merupakan antara sekurang-kurangnya 16 pembantu kanan yang dibunuh termasuk ketua tenteranya serta duta ke Cuba dan Malaysia.
Timbalan Menteri Keselamatan Awam, O Sang-hon didakwa terbunuh dalam ‘penyingkiran politik’ pada 2014.
Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar The Chosun Ilbo, Sang-hon dibunuh dengan menggunakan penyembur api kerana menyokong bapa saudara Jong-un iaitu Jan Song-thaek.

Song-thaek dihukum mati pada 2014 atas tuduhan cuba menggulingkan rejim Komunis menerusi rampasan kuasa yang disokong tentera.
Berdasarkan laporan agensi berita Yonhap yang memetik sumber pada ketika itu, semua ahli keluarga Song-thaek termasuk kanak-kanak turut dibunuh.

sumber - https://www.utusan.com.my/luar-nega...a-humban-jeneral-derhaka-dalam-kolam-piranha/
 
Betoi dh tu cuba ada kepentingan awai lg dia pi
Ha'a..kalau ade mnyk kt situ dah lame kena dah.. US xtakut pun dgn nuclear jarak jauh..dia anta puppet dia korea selatan je pegi serang..dia support blkg.. kalau kalah pun korea selatan yg jahanam..dia rilex je..
 
Ha'a..kalau ade mnyk kt situ dah lame kena dah.. US xtakut pun dgn nuclear jarak jauh..dia anta puppet dia korea selatan je pegi serang..dia support blkg.. kalau kalah pun korea selatan yg jahanam..dia rilex je..
Camtu la mo us nie jahat nk mampuih, tngk arab spring kesan dia smp lanie mcm mn
 
takde video? scam. kekeke
 
Ha'a..kalau ade mnyk kt situ dah lame kena dah.. US xtakut pun dgn nuclear jarak jauh..dia anta puppet dia korea selatan je pegi serang..dia support blkg.. kalau kalah pun korea selatan yg jahanam..dia rilex je..

kan. proksi dia banyak. kesian rakyat korea selatan.
 
Back
Top
Log in Register