BTC USD 83,427.8 Gold USD 4,174.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemimpin HINDRAF Ditangkap

bagi aku x kisah la india ka melayu ka cina ka klu malas nak berusaha dok bawah jambatan la...
sebab tu la samy vellu nak tambah lagi jambatan kat malaysia nih
 
"SETIAP YG BERLAKU PASTI ADA RAHMATNYA..."
Kita org islam kalu dok asik gadoh umno/pas... tau ler nasib anak cucu kita kemudiannya... tu dia org minorii...apa kata majoriti..
Ada yg terfikir ini konpirasi umno... aku pun memang berfikir macam tu.. umno akan dapat faedah dari isu ini jika dipandang dari sudut politik sempit... tapi ingat..' jangan kerana marahkan nyamok, kelambu dibakar'... kalau kita tak suka mana2 pemimpin umno... apa yg patut kita buat adalah jangan undi dia semasa pemilihan diperingkat cawangan... sebaliknya kita masuk bertanding... lawan dia.. bila kita jadi ketua baru ler kita buat perubahan... bukanya dgn memusnahkan umno secara keseluruhannya...begitu jua kalau kita ahli pas...
 
ganas ganas...
skrg negara dah kucar kacir...bagus kan. pastu ulangan peristiwa 13 mei berulang...dulu melayu cina. nanti melayu india lak.

Adakah ini yang kita mahu ???
 
ketua diorg yg dtg bantah pon naek kete bmw gak..ssh ke tue ? :-?
 
assalamualaikum.

sebagai warganegara malaysia dan bangsa melayu, aku amat kecewa dengan HINDRAF ni. tapi paling paling aku pantang ialah bila ada MELAYU yang SOKONG perhinpunan ini. tak percaya? cuba check sapa paling galak menyokong perhimpunan ni kalau tak bukan anwar ibrahim. boleh pulak dia kata itu adalah hak rakyat nak buat demonstrasi. (atau nak buat kacau)?

mari sini aku bagi satu satu senario. si kassim mencurik. mencurik adalah salah di sisi undang2. apabila hendak di tahan pihak berkuasa, si kassim pergi buat demonstrasi membantah penangkapan ke atas dirinya. demonstrasi itu pula di anggap haknya walau pun takde permit.

sama la dengan HINDRAF ni. asalnya tak boleh bina kuil di tempat tanah haram. apabila kuil mereka di sodok, mereka buat demonstrasi membantah pihak berkuasa menyodok kuil mereka! tup tup tup anwar pon sokong. apa punya melayu ini sanggup bersekongkol dengan orang yang anti melayu, anti islam dan menuntut di gugurkan hak orang melayu secara terbuka!

kalau korang cakap HINDRAF tak sama dengan BERSIH, baik pikir 10 kali dulu. BERSIH dulu play maker dia anwar ibrahim. cuba teka siapa NGO lain dalam perhimpunan tu? BAR council, SUARAM, orang orang macam malik imitiaz shawar. semuanya penyokong kuat IFC, lina joy. hah, tak kenal lagi sapa puak puak ni kalau bukan puak yang nak ambek kesempatan ke atas orang melayu? puak puak yang anti ahmaf fairuz sebab over turn kes lina joy? ni perangai anwar, suka ambil kesempatan. tapi aku paling kecewa bila ada orang melayu sokong perarakan seumpama begini hanya kerana anwar ada dalam perhimpunan tu. halo kawan, jangan jadik bodoh dan tuli sampai tahap macam tu. sila teropong sikit agenda anwar tu ke arah mana.

lagi satu pasal BERSIH tu kan, korang kata ada penipuan kan? nak tanya sikit, anwar masa dalam kerajaan aku kira dia lalui at least 3 pilihanraya, semua BN menang besar. pengerusi SPR pon sama ketika tu, sistem pon sama. nak tanya, kenapa anwar tak komplen tapi bila dah kena buang baru bising itu tak adil ini tak adil? orang macam ni nak boleh percaya ke untuk buat demonstrasi untuk keadilan?

lagi satu bodoh nak ikut lim kit isang sangat untuk hapuskan undi POS tu. aku pelik sangat bila ada orang macam anwar dan orang melayu lain sokong. bodoh ke? tak terfikir ke large bulk undi POS itu adalah pasukan keselamatan yang 99% orang melayu!? kenapa nak nafikan hak mengundi oleh bangsa kita sendiri? sapa untung kalau undi pos di mansuhkan? hang ingat PAS ka? tuih! tanding pun tak cukup kerusi. yang untung DAP, adik beradik PAP singapore tu. kenapa orang melayu suka sangat kena bodoh dengan lim kit siang?

lagi satu, pak lah tu bodoh jugak, lembab, lembik, lalok. nah! perasan orang semua suka dia, kan dah kena bodoh dengan kj dan kalimullah. aku harap dia di turunkan segera sebelum caca merba ni bertukar menjadik lagi buruk!
 
banyak ko tulis eh nitrofang..ayat pragmatik..ekekeke
 
Perhimpunan Hindraf ditaja oleh Umno?
Zaili Muhammad
Mon | Dec 03, 07 | 1:41:53 pm MYT

JASIN, 3 Dis (Hrkh) - Sokongan rakyat kepada Barisan Alternatif (BA) yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini mengakibatkan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno merasa begitu terdesak lalu talian hayat terakhir yang digunakan ialah memainkan isu perkauman melalui perhimpunan HINDRAF baru-baru ini.

Menurut blogger Sang Kelembai, Abd Zarin Mohd Yassin, sebenarnya HINDRAF dibentuk oleh Umno dan MIC sendiri bagi mengalihkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Pak Lah kepada isu perkauman.

"HINDRAF pada pendapat saya dibentuk oleh Umno sendiri, dibentuk oleh MIC sendiri, tiada sebab bodohnya seorang peguam India ini yang hendak memasukkan satu benda yang tak relevan dalam tuntutan dia iaitu supaya menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

"Ia untuk nak mencetuskan satu kegelisahan, mencetuskan kemarahan di kalangan orang Melayu khasnya orang Umno yang buta politik sebab itu Umno mengalihkan isu HINDRAF yang memberikan satu tamparan hebat kepadanya menjadi isu perkauman," katanya yang juga bekas Setiausaha Umno Bahagian Cheras ketika berceramah di Markas PAS Parit Putat, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau,"Walhal tiada kena-mengena pun kerana di Malaysia ini bukan perkara baru, soal tuntutan ini orang Melayu saja yang bodoh yang tak pernah menuntut apa-apa".

"Sebab waktu Jepun menyerang Tanah Melayu ramai orang Cina dibunuh Jepun, selepas merdeka mereka berjuang untuk menuntut hutang darah dari Jepun dan Tunku selaku Perdana Menteri menyokong tuntutan hutang darah itu yang akhirnya dapat kapal.

"Dalam konsep HINDRAF ini kita kena lihat dari sudut pepatah Melayu 'ku tembak pelanduk, rusa yang kena tetapi bila ku lihat gajah yang mati' sebab dia nak tembak pelanduk, pelanduknya MIC tetapi rusa yang kena ialah British dan bila kita tengok dekat BNlah yang akan mati," kata beliau.

Beliau turut menjelaskan, pemimpin Umno akan gunakan semua anggota partinya seperti kerbau waktu membajak tetapi apabila sawah menjadi padi dan padi menjadi beras kerbau itu akan disembelih untuk dimakan bersama beras.

"Ini memang budaya dalam Umno dah tradisi zaman berzaman kerana saya masuk Umno masa muda, saya cuba buat perubahan di peringkat yang terendah dan di atas lagi tak boleh sebab budaya dalam Umno budaya materialistik.

"Umno tak tahu pahala dan dosa dia telan semacam, PAS pada pendapat saya secara peribadi dia akan jadi satu parti yang mahu tak mahu terpaksa orang Melayu terima nanti tetapi memakan masa yang panjang, perjuangan yang panjang," katanya dengan optimis.

Beliau berkata, pemimpin Umno berdosa dengan orang Melayu umpamanya pengkhianatan, rasuah, penyelewengan, ketidak-ikhlasan, menipu hidup-hidup dan menjual Melayu macam hamba-abdi, semua pemimpin Umno bercakap soal Melayu tetapi tiada satu pemimpin Umno pun yang tak boleh hidup tanpa adanya orang bukan Melayu di sekelilingnya.

"Soalnya bukan persoalan Melayu atau bukan Melayu, kita dah merdeka 50 tahun tetapi tanah orang Melayu makin lama makin hapus, makin lama makin tak ada, tanah kerajaan bertukar tangan kepada bukan Melayu jadi kita nak salahkan ke bukan Melayu ini? Ini sentimen perkauman yang dimainkan oleh Umno untuk menipu orang kampung," katanya.

Seterusnya, beliau melihat bahawa kebangkitan 100,000 baru-baru ini bukan tanda protes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi satu kebangkitan baru golongan muda bawah 40 tahun iaitu generasi perubahan sudah berlaku dan yang ada sekarang generasi Melayu baru serta mereka itu akan berjaya.

"Sebab lebih baik kita berjuang sekarang walaupun nikmat kejayaan itu kita tidak dapat daripada kita tak buat apa-apa dan bangsa kita akan hancur di satu masa nanti jika Melayu tidak berubah paradigma politiknya," ujar beliau. - mns
sumber harakahdaily.net
 
Back
Top
Log in Register