Preve 1st Batch 2012 CFE... 113k km... Masih guna dan masih puas hati
1. Belum pernah breakdown sebab masalah kereta (Syukur Alhamdulillah) kecuali masalah bateri habis.
2. Radiator fan dapat claim warranty
3. Oil Cooler Hose pun dapat tukar warranty (tak bocor tapi dapat tukar)
4. Timing Belt - dah tukar.. kos RM7++. Water pump minta sc check dulu.. kalau tak elok baru tukar... tp sebab elok lagi, so tak tukar... cadangan nak tukar waktu 2nd tukar timing belt nanti.
5. Brake pad dah dua kali tukar. DUa2 tukar kat SC, tapi brake pad beli sendiri kat luar. Lebih jimat.
6. Masih menten servis EO / lain2 kat SC... Kengkadang sahaja barang2 beli sendiri sebab nak jimat. Maybe lepas ni tak beli EO dari luar, sebab SC dah ada EO Petronas dengan harga yg lebih murah di SC berbanding di kedai2 MESRA.
7. Mounting, absorber dah tukar pada 100k. Jenis selalu ikut jalan banyak lubang, semata2 nak g kerja elak jem. Selepas tukar mounting dan absorber, pecut 200km/h masih rileks (Sekali sekala je test kereta-saya bukan kaki lumba).
8. Bateri dah kali ke-3. Bateri ori tahan 2 tahun, bateri ganti tahan setahun lebih. now pakai bateri ke-3 kali beli..
9. Maintenance? Sebenarnya, masih selesa dan puas hati. Maintenance imho masih rendah berbanding kereta2 dlm kelas sama. K*a timing belt tukar 60k km.. rege lagi mahal banding preve.. preve pula tukar pada 120k km, atau ada yg tukar pada 100k km.. so still murah servis timing belt preve.
Yup.. dan kita kena faham... servis SC, mana2 kereta pun akan lebih mahal. umpama servis samsung kat authorized samsung, dengan servis samsung kat low yat.
Sekian... Lepas ni cuma ada PREVE CFE. Kalau beli, kena jaga minyak hitam, turbo dan CVT. Kalau jenis tak berkira pasal kereta... maksud tak berkira ni boleh toleransi ngan masalah2 kecik, then ambil laa preve... kalau jenis berkira, nak keta perfect... beter fikir2kn laaa balik... sebab takut menyesal... Me jenis tak kisah... infact rasa tak salah memilih.. sebelum ni pakai kereta brand lain rege 70k, dalam kosong.. now pakai preve 70k isi dalam puas hati... airbag ada.... ABD EBD ada... body kuat... no more tin kosong... sekian review ...