BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik pasar raya didakwa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Ooi See Hoe​

KOTA BHARU 7 Mei – Pasar raya Happy Home Superstore Sdn. Bhd. yang terletak di Pasir Puteh merupakan premis perniagaan pertama di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengikut pertuduhan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pasar raya itu yang diwakili pengarahnya, Ooi See Hoe mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan, pasar raya tersebut gagal mematuhi arahan melengkapkan maklumat dan mengemukakan dokumen yang diminta Penolong Pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri ketika membuat pemeriksaan pada 30 Mac lalu.

Notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 setelah tertuduh diminta melengkap maklumat dan mengemukakan dokumen yang diminta dalam tempoh tiga hari bermula 30 April lalu.

Pasar raya itu didakwa mengikut Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Firdaus Abu Hanipah.

Sementara itu Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Ab. Ghani Harun ketika ditemui di luar mahkamah berkata, premis itu telah melakukan kesalahan dengan menaikkan harga tong plastik dan bekas air.

“Hasil siasatan mendapati premis tersebut menaikkan harga dan satu notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register