BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik kereta diminta tampil

Saleh83

Active+ Member
Messages
4,258
Joined
Apr 2, 2010
Messages
4,258
Reaction score
118
Points
38
KLANG: Pemilik sebuah kenderaan yang dikatakan bergesel dengan kereta yang dipandu Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 15, diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata sehingga kini pemandu terbabit serta beberapa penunggang motosikal yang mengejar mangsa belum tampil untuk membantu polis menyiasat kes itu.


“Kami harap pemandu kereta itu dan penunggang motosikal yang mengejar kenderaan Allahyarham tampil segera bagi membantu polis.


“Kes ini masih dalam siasatan dan belum ada perkembangan lanjut selepas 10 saksi termasuk saksi utama dipanggil memberi keterangan,” katanya di sini, semalam.


Beliau mengulas perkembangan siasatan kes Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati terkena tembakan ketika dia dan rakannya cuba melarikan diri dari dikejar oleh kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11, kira-kira jam 2 pagi, Isnin lalu.


Selasa lalu, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 60, ketika ditemui di rumahnya mendakwa, anak bongsunya itu dikatakan melanggar sebuah kereta jenis Mercedez ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menolong rakannya yang mengalami kerosakan motosikal.

Sumber:Metro
 
Back
Top
Log in Register