BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemilik diminta tampil

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Pei Nei (duduk, tengah) dan Hon Poh (duduk, kanan) bersama ahli jawatankuasa yang dibentuk.​

RAWANG - Pemilik premis di kawasan industri ringan Taman Greatyear di sini diminta tampil untuk menyelesaikan isu ketiadaan sijil layak menduduki (CF) dan hak milik tanah.

Pengerusi Persatuan Taman Greatyear, Liew Hon Poh berkata, persatuan dibentuk tahun lepas atas usaha menyelesaikan isu utama yang berlarutan 15 tahun dahulu.

Menurutnya, daripada 161 pemilik premis, sebanyak 60 peratus sudah tampil sementara bakinya gagal dikesan.

"Sebelum membuat sidang media, kita telah ambil langkah awal untuk menjejaki mereka termasuk mendapatkan senarai pemilik dari agensi berkaitan, pengiklanan dan hebahan risalah.

"Disebabkan tempoh yang terlalu lama, ada antara pemilik yang tidak menggunakan maklumat sedia ada menyebabkan usaha menjejaki mereka buntu," katanya.

Katanya, kawasan tersebut mula dibangunkan sejak 1997 dan diduduki pada tahun 2000 yang ketika itu siap 90 peratus, sementara baki tidak sempat diselesaikan oleh pemaju yang diisytiharkan muflis.

"Sekurang-kurangnya RM5 juta atau RM30,000 setiap premis diperlukan untuk membina sistem kumbahan untuk peroleh CF dan tunggakan premium tanah yang tidak pernah dibayar.

"Ketiadaan CF dan hak pemilikan tanah mengganggu proses permohonan lesen pengilang dan juga mengganggu urusan perniagaan kami," katanya.

Sementara itu, Adun Rawang, Gan Pei Nei berkata, pengusaha kilang memohon bantuannya untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Saya akan lihat kaedah sesuai untuk meringankan beban mereka seperti campur tangan kerajaan negeri untuk diskaun kadar tunggakan premium tanah. Namun yang menjadi keutamaan adalah kerjasama pemilik," katanya.

Pemilik yang masih belum tampil di nasihat menghubungi talian 03-6093 1520 atau 03-6093 1519 atau 03-6093 1516 untuk maklumat lanjut.
 
Back
Top
Log in Register