BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemergian Umer Chapra Kehilangan Besar Dunia Kesarjanaan, Keilmuan Islam - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Pemergian Umer Chapra Kehilangan Besar Dunia Kesarjanaan, Keilmuan Islam - PM Anwar​

9d868c398c201db895792b9f6fcc08e36a2e2c57edcb7

Profesor Dr Muhammad Umer Chapra

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian tokoh ekonomi Islam terkemuka dunia Profesor Dr Muhammad Umer Chapra, yang disifatkan sebagai antara individu terbaik dalam dunia kesarjanaan dan keilmuan Islam.

Anwar berkata pemergian Allahyarham menandai berakhirnya satu hayat yang diabadikan sepenuhnya kepada perjuangan menegak keadilan, memperkasakan pemikiran dan mengangkat martabat insan dengan ilmu sebagai wahana.

“Ketika ekonomi sering dipisahkan daripada pertimbangan akhlak dan kemanusiaan, almarhum tampil sebagai tokoh yang mengingatkan kita bahawa kemakmuran tanpa keadilan pada akhirnya tidak lebih daripada sekadar fatamorgana, indah pada pandangan, namun kontang makna dan kesejahteraan yang sebenar,” kata beliau dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata melalui tulisan dan pemikirannya, Allahyarham berjaya menghidupkan kembali tradisi intelektual Islam yang menautkan kemajuan dengan insan, serta pertumbuhan dengan tanggungjawab kepada masyarakat.

Anwar berkata legasi tokoh itu akan kekal menjadi obor yang menerangi ikhtiar umat dalam  membangunkan sistem ekonomi yang lebih adil, manusiawi dan bermaruah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, seorang sahabat dan sarjana yang mencerahkan,” kata Anwar.

Umer Chapra yang dikenali sebagai antara tokoh utama dalam bidang ekonomi Islam moden dan telah banyak membina sistem perbankan Arab Saudi, serta menyumbang kepada pembangunan institusi kewangan pada peringkat global, dilaporkan meninggal dunia pada usia 93 tahun.

 
Back
Top
Log in Register