TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Manila: Seramai 58 orang ditahan di Filipina kerana pembabitan mereka dalam rangkaian pemerasan seks Internet.
Dalam satu sidang media di sini, semalam, polis tempatan dan polis antarabangsa (Interpol) berkata, mangsa dari negara asing diumpan oleh rakyat di Filipina untuk menyiarkan gambar lucah atau video mereka di Internet.
Mereka kemudian diperas ugut dengan dituntut membayar beribu-ribu dolar.
“Skala rangkaian peras ugut ini dilakukan secara besar-besaran.
“Jenayah ini tidak terhad kepada sebuah negara atau seorang mangsa.
“Oleh sebab itu, penting untuk pertubuhan antarabangsa menyiasat kes ini,” kata Pengarah Pusat Jenayah Digital Interpol, Sanjay Virman.
Ketua Polis Filipina, Alan Purisima berkata, 58 orang yang ditahan mungkin akan menghadapi tuduhan melakukan pelbagai jenayah, termasuk pornografi kanak-kanak, memeras ugut dan menggunakan teknologi untuk melakukan penipuan.
Setakat ini tidak jelas sama ada 58 yang ditahan itu warga Filipina.
Bagaimanapun, pihak berkuasa pada awalnya tidak menyatakan pembabitan warga asing secara langsung dalam jenayah di negara itu.
Namun, polis berkata, ianya bukan hab rangkaian pemerasan seks global.
Penangkapan beramai-ramai itu berlaku di negara itu kerana ia menjadi tumpuan siasatan.
Menurut Purisima, penipuan itu biasanya membabitkan seorang wanita “cantik”, yang akan berhubung dengan warga asing menerusi Facebook dan laman sosial lain.
Mereka kemudian mencari jalan untuk membuat perhubungan dengan mangsa.
“Selepas mengenali mangsa, mereka melakukan sex siber dan perbuatan akan dirakam tanpa pengetahuan mangsa.
“Mereka kemudian mengugut untuk menyebarkan perbuatan mangsa kepada rakan atau keluarga, ”katanya.
Mangsa akan diperas sebanyak 500 pesos (RM37) sehingga 500,000 pesos (RM37,000).
Ketua Polis Scotland yang memberi taklimat pada sidang media itu berkata, seorang remaja lelaki negara itu membunuh diri selepas diperas ugut.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemerasanseksterbongkar/Article/index_html