BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembelian E-Book, Berguna @ Tidak!

Anda ada beli E-book di Internet....


  • Total voters
    0

Jutawan

Super Active Member
Messages
7,480
Joined
Oct 17, 2006
Messages
7,480
Reaction score
183
Points
78
Salam semua,

Kini, di internet banyak e-book yang dijual oleh Internet Marketer (IM) terutama di Malaysia. Ianya merangkumi bahagian buat duit seperti google adsense, clickbank, Rahsia buat duit di Internet, Rahsia Memancutkan Isteri dan lain2 lagi. Kebanyakan e-book dijual dengan harga serendah RM10.00 sehinggalah berharga RM70.00 (Ini based on maklumat yang saya ada, kalau ada yang lagi mahal, boleh bagitau kat sini).
Saya sendiri ada membeli e-book dengan harga RM50.00 iaitu "Rahsia Membuat duit dengan ClickBank" keluaran seorang Internet Marketer. Tapi sehingga kini nampaknya saya masih belum boleh buat duit dengan Clickbank dan merasa agak kecewa dengan keadaan itu dan merasakan pembelian sebanyak RM50.00 itu tidak berbaloi kerana maklumat di dalam e-book itu sebenarnya hanya touch on the surface dan tidak menekannya kepada aspek teknikal lebih2 lagi tiada maklumat video disertakan. Tetapi saya akan pastikan pembelian E-book saya selepas ini berbaloi.
Saya mengharapkan perbincangan terbuka daripada sahabat2 Carigold sekalian untuk berkongsi maklumat akan e-book yang anda telah beli di internet, adakah pembelian anda benar2 berbaloi dan adakan e-book yang dijual yang mengatakan boleh buat duit itu benar2 sepertimana yang diwar2kan atau hanyak gimik advertising semata2 mata???
Saya benar2 hendak tahu bahawa anda e-book yang benar2 genuine yang dikatakan hendak buat duit di internet-contohnya Panduan buat dunia dengan Google (sepertimana yang dinyatakan oleh Internet Marketer), bila kita dah beli, adakah benar kita selaku pembeli benar2 boleh buat duit dengan Google berdasarkan panduan yang telah diberikan.
Give your justification and honest opinion here. Jom bincang....:-?
 
Last edited:
Haha
Aku pun dah terkena dgn ebook ni
Ada juga la yg bley dapat income, tp mostly x dpt pun
Jadi sekarang ni tengah berusaha untuk kumpul balik duit yg telah dilabur utk membeli smua ebook ni
 
sape penah beli ebook rahsia clickbank dari mawardi?
 
ebook ade tapi tak penah praktikkan lagi...:D
 
ada gak saya beli ebook...
memang ada yg berguna..... :)
 
aku ada jual ebook...tp berguna lah...kena tnya customer aku
 
susah nak kata benda nehh...

tp ada yang ok..ada yang tak ok..actually ada diorang klasifikasi kan untuk pro atau amatur...so apa2 kita kna baca review dulu....

org yg bagi review pun kna ikhlas...:) :D
 
Salam... bila bercakap tentang ebook...

Walau sesampah mana pun ebook tersebut, jika ada ilmu didalamnya walau sedikit...ianya berguna...

Walaupun sebagus mana pun ebook.. jika ianya dibeli dan hanya dibaca.. dibaca.. dibaca... ianya tidak berguna!

apa yang perlu ingat~ ilmu tanpa amal adalah sia-sia...


bab tuan tanah bukak topik ttg pembelian... apa yang berguna bila ianya diamalkan.. dan kita membeli dan kita jangka apa yang ada dalam ebook itu... dan saya sendiri ada buat pendedahan tentang ebook Nabil Hamidun yang ramai rasa tertipu...
 
Bagi saya, perbincangan akan lebih fokus kepada customer yang membeli E-book. Kita fokuskan kepada 4 perkara utama buat masa ini :

1. Apakah nama E-book yang anda telah beli?
2. Adakah panduan yang diberikan berbaloi dengan wang yang anda keluarkan?
3. Jika anda beli E-book yang melibatkan penjanaan duit kembali modal yang anda telah keluarkan, adakah ianya berlaku? (Contohnya beli buku "Buat Duit Dengan Google", anda dah keluarkan RM50, Adakah panduan yang diberikan memboleh anda menjana wang lebih daripada RM50 yang anda telah keluarkan tadi?
4. To give credits kepada Internet Marketer Malaysia yang benar2 mengeluarkan E-book yang benar2 berguna kepada pembacanya?

I really need the honest opinions supaya saya tak melakukan pembaziran lagi terutama ketika gawat nih....:D
 
Back
Top
Log in Register