joelabu
Active Member
- Messages
- 1,979
- Joined
- Mar 14, 2007
- Messages
- 1,979
- Reaction score
- 23
- Points
- 25
Persoalan tentang bas RapidKL yang tersadai
penjelasan Scomi pasal bas yang tersadai
Tak cukup dengan "1000" unit bas...dia nak tambah pulak lagi!!
Persoalan sekarang...kenapa kerajaan nak beli bas baru? guna pakai jer lah bas yang dikatakan "sedang dibaik pulih tersebut" membazir..membazir dan membazir...sat lagi..naik lah harga tambang bas!!
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0528&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_02.htm&arc=hiveKUALA LUMPUR 27 Mei - Kira-kira 1,000 bas Intrakota dan Parkmay yang perkhidmatannya kini diambil alih oleh RapidKL, tersadai dan menjadi besi buruk hingga menjejaskan keselesaan orang ramai.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, perkara itu juga menjadi bahan cerita rakyat yang hairan kenapa bas tersebut dibiarkan tersadai tetapi pada masa sama RapidKL membeli bas baru.
penjelasan Scomi pasal bas yang tersadai
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htmRAWANG 12 Jun - Scomi Engineering Bhd. tidak pernah memiliki mahupun menyimpan bas-bas lama yang didakwa tersadai di kilangnya di Rawang.
Presidennya, Hilmy Zaini berkata, Scomi hanya bertanggungjawab membaik pulih sejumlah 150 unit bas milik Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) di kilang Scomi di Rawang.
''Lebih 1,000 unit bas yang didakwa tersadai di Sungai Choh, Rawang bukan milik Scomi mahupun berada dalam kawasan kilang Scomi.
''Oleh itu, dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan bas-bas tersebut dengan Scomi adalah tidak benar,'' jelas beliau.
Tak cukup dengan "1000" unit bas...dia nak tambah pulak lagi!!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htmPUTRAJAYA 12 Jun - Kerajaan merancang membeli 100 buah bas lagi untuk kegunaan RapidPenang dan RapidKL bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Persoalan sekarang...kenapa kerajaan nak beli bas baru? guna pakai jer lah bas yang dikatakan "sedang dibaik pulih tersebut" membazir..membazir dan membazir...sat lagi..naik lah harga tambang bas!!
