BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembayaran BR1M bermula hari ini

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Ahmad Husni Hanadzlah​

PUTRAJAYA 27 Mei - Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua melibatkan 4.65 juta orang yang layak akan dilaksanakan bermula esok.

Pembayaran peringkat kedua tersebut turut membabitkan 141,670 kes rayuan yang telah diluluskan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima.

“Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank dan Public Bank berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semasa pembentangan Bajet 2015, kerajaan mengumumkan BR1M akan diagih melalui tiga peringkat dengan pemberian peringkat pertama telah dilakukan pada 15 Januari lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata, lebih 16,000 tuntutan Skim Khairat Kematian dengan bantuan berjumlah RM1,000 setiap seorang telah diluluskan bagi membantu waris kepada penerima BR1M yang meninggal dunia.

“Oleh itu waris penerima BR1M yang dinamakan dalam borang permohonan BR1M boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan kad pengenalan diri sendiri dan sijil kematian penerima BR1M,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BR1M boleh menghubung talian bebas tol 1800-88-2716 atau menghantar e-mel kepada [email protected] untuk keterangan lanjut.
 
Banyak yg astrok ni tt

Siang tadi orang dah open beberapa thread tajuk serupa.

Boleh tapis sikit.
 
aku pun dh msuk gak..klo kira2 xbrbaloi dgn cukai kera jaan amik..
 
Back
Top
Log in Register