BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembahagian kerusi PH Melaka selesai, kata Adly

afwan83

Active+ Member
Messages
3,348
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,348
Reaction score
12
Points
25

Pembahagian kerusi PH Melaka selesai, kata Adly​

8f36912d-adly-zahari-bernamapic-180126.jpg

Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari berkata pembahagian kerusi kekal seperti yang dipersetujui di peringkat negeri, dengan Amanah diperuntukkan lapan kerusi. (Gambar Bernama)

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata bagaimanapun susunan terakhir akan dimuktamadkan selepas perbincangan antara Majlis Presiden PH, PH negeri dan Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari.

“Apa-apa pun, kita tunggu minggu depan. Pembahagian itu sudah ada dalam perhatian Pengarah Pilihan Raya (Amirudin) sebelum kita bawa ke peringkat tertinggi gabungan untuk dimuktamadkan.

“Setakat ini, pembahagian kerusi dalam konteks PH adalah kekal seperti yang dipersetujui di peringkat negeri seperti (Parti) Amanah (Negara) diperuntukkan lapan kerusi,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana PH di Bukit Baru di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka Adam Adli Abdul Halim.

Mengulas lanjut, Adly berkata keputusan berkaitan strategi menghadapi PRN Melaka juga akan diumumkan selepas selesai laporan pembahagian kerusi.
 
Back
Top
Log in Register