BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu tersepit lambai tangan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Alor Gajah: Seorang jurujual perabot yang tersepit hanya mampu merintih dan melambaikan tangan kepada orang ramai selepas Proton Saga dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 198, Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, kereta dipandu Thiam Zhi Long, 22, dari arah Johor Bharu menuju Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik menyebabkan mangsa cedera parah di kepala.

Menurut sumber, Proton Saga dipandu mangsa kelihatan seperti ditiup angin dan membuai ke kiri serta kanan jalan sebelum terbalik beberapa kali.

“Kenderaan itu dipercayai meluncur laju ke lorong kiri sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya hingga menghimpit kepala dan dada mangsa.

xpix_gal1.pagespeed.ic.vaYmcruCUI.webp

ANGGOTA polis membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas merempuh penghadang jalan.


“Rempuhan kuat itu mengakibatkan besi penghadang melekat pada cermin depan kereta menyebabkan kenderaan itu terhenti,” katanya di sini, semalam.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Lambaianmintasimpati//Article
 
Back
Top
Log in Register