Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
30.06.2019 - Alor Gajah, Seorang pemandu lori maut akibat tersepit selepas kenderaan berat muatan kayu pembahagi yang dibawanya terbalik di Kilometer 216, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Roha Zurihan Hamzah, 39, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri (JSPT) Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Gemas, Negeri Sembilan menghala ke Kuala Lumpur.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dipandu mangsa yang membawa muatan kayu pembahagi hilang kawalan ketika melalui susur keluar plaza tol.
"Akibat itu kenderaan berat terbabit kemudian terbabas melanggar penghadang jalan sebelah kanan lalu terbalik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dibawa keluar oleh pasukan bomba dan penyelamat, namun kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Penguasa Bomba Kanan (PBK) II Rosaizad Rabu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.13 pagi sebelum 20 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi.
"Kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira dua jam selain menggunakan bantuan kren sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Berita asal http://www.kosmo.com.my/negara/lelaki-maut-lori-dipandu-terbalik-1.927133