BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu lori tersepit, bertembung dengan bas.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Tarikh: January 7, 2014
BERA - Pemandu lori yang membawa muatan roti cedera di kaki kanan apabila lorinya bertembung dengan sebuah bas henti-henti di Kilometer 28, dekat simpang Kampung Menteri, Triang.

Mangsa yang berusia 30-an itu berjaya dikeluarkan anggota bomba selepas tersepit hampir 15 minit selepas kejadian berlaku.

Bagaimanapun, pemandu dan kelindan bas termasuk 10 penumpang di dalam bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Zali memberitahu, pemandu lori terbabit gagal mengawal kenderaan apabila salah satu tayar di bahagian hadapan meletup secara tiba-tiba.

“Kejadian berlaku betul-betul di bahagian selekoh jalan, dan masing-masing cuba mengelak tapi tidak dapat berbuat apa-apa.

“Mangsa (pemandu lori) pula dipercayai patah di bahagian paha kanannya akibat tersepit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Zakaria Yusof mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.25 petang, dan pemandu lori itu dihantar ke Klinik Kesihatan Triang untuk rawatan susulan.


image.jpg
 
fuuhhhh...nasib baik pemandu lori tu...
 
berpunca dari tayar depan lori meletup ...
 
ni sepupu aku. skang kt hospital temerloh. hari ini wat operation masuk besi.
 
ni sepupu aku. skang kt hospital temerloh. hari ini wat operation masuk besi.

harap2 bole jalan macam biasa la nanti. besi tu sementara ke kekal?

ingatkan bertembung pasal nak test siapa lagi kuat.
 
Back
Top
Log in Register