BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu lori maut kemalangan

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
image.jpeg

LORI dipandu mangsa remuk di bahagian hadapan selepas berlanggar dan terbabas di KM131 Lebuhraya PLUS arah utara di Muar, Johor, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE






MUAR 3 Okt. - Seorang pemandu lori maut apabila kenderaan dipandunya dipercayai berlanggar dengan sebuah lagi lori di Kilometer 131 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi, mangsa, S. Maniam, 62, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu mangsa dipercayai tiba-tiba melanggar bahagian belakang sebuah lori lain dipandu lelaki berusia 43 tahun.

“Akibat kemalangan itu, kenderaan mangsa dipercayai telah terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE







sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pemandu-lori-maut-kemalangan-1.759863#ixzz5SqdTKKNY






.
 
Back
Top
Log in Register