hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,546
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,546
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Pemandu Hilux ditahan, langgar kereta dipandu perlahan
Johor Bahru: Lelaki tempatan berusia 50 tahun ditahan polis selepas terbabit dalam kejadian khianat apabila melanggar sebuah kereta pengguna jalan raya sebanyak tiga kali, selepas mangsa memperlahankan keretanya di Jalan Tun Razak, di sini, Ahad lalu
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian 3.10 petang kelmarin itu, kerana perbuatan khianat dan memandu secara gopoh
"Siasatan awal mendapati, mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 63 tahun memandu Perodua Axia sebelum memperlahankan kenderaannya kerana terlepas simpang.
"Suspek yang memandu Toyota Hilux dari arah belakang bertindak memotong mangsa secara agresif dan memberhentikan kenderaannya sebelum berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua pihak.
"Suspek kemudian bertindak melanggar kereta mangsa sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan milik mangsa bernilai RM15,300," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, video berdurasi 19 saat yang memaparkan sebuah pacuan empat roda melanggar Perodua Axia secara mengundur beberapa kali sebelum memecut laju, tular di media sosial.
Dalam pada itu, Rabu berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkait kesalahan jenayah, namun tiada rekod dikehendaki.
Katanya, saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif daripada penyalahgunaan dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Selain itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.