BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Pemandu ambulans KKM maut

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Pemandu ambulans KKM maut
FB_IMG_1629275188470.jpg
FB_IMG_1629275190480.jpg
FB_IMG_1629275192524.jpg
FB_IMG_1629275194416.jpg
FB_IMG_1629275196281.jpg


JOHOR BAHRU – Seorang pemandu sebuah ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) menemui ajal apabila kenderaan yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 9.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Skudai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 49 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu.

Difahamkan, ambulans terbabit dalam perjalanan dari Pusat Kesihatan Daerah Kluang untuk mengambil vaksin di Hospital Permai di sini.

Eksiden itu turut melibatkan penumpang bahagian hadapan cedera. -K! ONLINE
 
Salam takziah dn Al fatihah, apa punca kemalangan ya
 
lori rosak ke? macam baru lepas hujan 😔
 
Hiway kempas. Mmg busy sini
 
Kemaskini

Pemandu Maut, 3 Staf KKM Cedera

18.08.2021 - johor Bahru, Seorang pemandu ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemui ajal dalam kemalangan di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Skudai di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 11.58 pagi itu, mangsa, Shamsul Shamshuri, 49, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu.

Difahamkan, mangsa bersama tiga lagi staf KKM dalam perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kluang menuju ke Hospital Permai di sini untuk mendapatkan bekalan vaksin. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Abdul Jamal berkata, seramai 14 anggota dari BBP Larkin dan BBP Skudai dengan lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba didapati empat kakitangan KKM itu iaitu pemandu dikenali sebagai Shamsul Shamsuri, 49, Rosnilam Satari, 48, Azlina Mohd. Rawi, 41, dan Amelia Pek Ying Hung, 26, terperangkap dalam van terbabit. Pihak bomba mengunakan alatan ‘rescue cutter’ untuk mengeluarkan semua mangsa yang mengambil masa kira-kira 11 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu van tersebut meninggal dunia dan dibawa EMRS manakala dua lagi mangsa cedera menaiki kenderaan KKM ke hospital sementara pemandu lori berkenaan terselamat.

“Bomba dimaklumkan van KKM tersebut dalam perjalanan dari Kluang ke Hospital Permai untuk mengambil bekalan vaksin,”katanya.

Tambah Suhaimi, operasi tersebut kemudian ditamatkan pada pukul 1.24 petang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahkan kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2021/08/18/kemaskini-pemandu-maut-3-staf-kkm-cedera
 
inna llillahi wainna ilaihi rajiun

nampak macam jenazah En Shamsul tu kat depan ambulan. nampak elok tenang je kat depan ambulan tu.

semoga Rohnya dicucuri rahmat.

besar jasa mereka ni yg berkerja keras untuk kesihatan kita semua. Hanya Allahlah yg memberi sebaik baik balasan. Amin
 
biasanya kalau...amik vaksin, bukan polis escort ke ...
 
Back
Top
Log in Register