BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemakanan pesakit darah tinggi

ApoKalypse

Active+ Member
Messages
3,332
Joined
Dec 2, 2007
Messages
3,332
Reaction score
40
Points
30
tekanan-darah.jpg


Penyakit darah tinggi yang tidak dikawal boleh menyebabkan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok dan penyakit buah pinggang



Penyakit darah tinggi boleh dikawal melalui :



· Pengambilan ubat-ubatan mengikut arahan doktor

· Pemilihan dan pengambilan makanan yang bersesuaian



PENJAGAAN MAKANAN



1. Kurangkan pengambilan garam



Pengambilan garam ( sodium klorida) dan sodium perlu dihadkan untuk mengawal penyakit darah tinggi.



· Pengambilan sodium dihadkan kepada 2400mg sodium sehari bersamaan 1 sudu teh garam sehari.Penggunaan garam dan makanan yang tinggi garam dalam masakan dan semasa makan perlu dikurangkan

· Gunakan perencah asli dalam masakan seperti rempah-ratus,herba,serai,jus limau,cili dan lain-lain untuk menggantikan perasa makanan seperti MSG

· Makan makanan segar. Elakkan makanan yang telah diproses , diawet atau ditinkan

· Pastikan label makanan dibaca bagi mengetahui kandungan garam dalam makanan tersebut dan pilih makanan mengandungi rendah garam( low sodium)atau tanpa garam ( unsalted)

· Makanan yang tinggi kandungan sodium juga perlu dihadkan. Contoh makanan tinggi sodium.

MAKANAN TINGGI SODIUM

Perisa Makanan


Makanan dikeringkan


Makanan proses dan makanan tin




Lain-lain



Garam

Kicap

Sambal belacan, cencaluk, tempoyak

Semua jeni sos ( sos tiram,cili, tomato,ikan,BBQ)

MSG

Kiub/Stok masakan

Tauchu

Perencah segera

Krim salad

mayonis




Ikan kering/ udang kering/sotong kering

Ikan bilis

Jeruk masin

Telur Masin

Sayuran jeruk/masin

Daging salai








Sayuran dalam tin- kacang panggang, peas,jagung

Daging/sotong/ayam dalam tin

Sardin,tuna dalam tin

Sup dalam tin/sup segera

Sausage,nugget,burger

Bebola ikan,kek ikan




Keropok ikan/udang

Pelbagai makanan kudapan/ringan

Mee egera/mee suah

Papadum

Maruku

Keju

Makanan segera

Pati daging

Kacang bergaram

2. Kurangkan Makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi



· Elakkan makanan yang tinggi koleterol, contoh organ dalaman,(otak,hati,hempedal,usus,buah pinggang,jantung),kuning telur( 1-2minggu), telur ikan

· Hadkan pengambilan makanan laut( uang, ketam,sotong, kerang dan siput)

· Pilihlah susu dan hasil tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak ( 2-3 hidangan sehari)

· Elakkan makanan tinggi lemak tepu, contoh minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging dan kulit ayam

· Lebihkan cara masakan rendah lemak seperti kukus,bakar, panggang,rebus,sup dan lain-lain serta kurangkan penggunaan minyak semasa memasak



3. Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat



· Seperti bijirin penuh ( roti berserat), oat, buah-buahan , sayur-sayuran dan kekacang. Sumber kaliuman magnesium yang boleh mengawal tekanan darah



4.Penurunan Berat Badan



· Turunkan berat badan anda ke tahap berat badan yang ideal.

· Penuruna berat Abadan yang sihat adalah diantara 0.5-1.0kg setiap hari

· Elakkan pengambilan makanan yang tinggi lemak seperti makanan bergoreng , makanan bersantan dan makanan segera

· Kurangkan mengambil gula ringkas seperti gula putih, susu pekat manis,kuih-muih dan biskut manis, sirap dan minuman ringan yang lain

· Kawal pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi,roti,mee,bihun,capati,tosei,makanan berasaskan tepung

· Lakukan senaman tetap minimum 3-5v kali seminggu iaitu 30-45 minit setiap sesi.
 
Darah tinggi merupakan antara penyakit yang paling popular di kalangan golongan dewasa dan veteran. Antara penyebab tekanan darah tinggi adalah penyakit jantung dan diabetes. Malah, kandungan garam yang tinggi dalam darah juga boleh memburukkan keadaan. :(

Dari itu, takkan kita nak biarkan tekanan darah tinggi ni terus bermaharajalela di kalangan penghidapnya? Ayuh, kita kuatkan semangat untuk melawannya dengan melakukan rawatan.

Dalam segmen petua kesihatan kali ini, saya akan kongsikan cara merawat darah tinggi ni. :)

Caranya ialah dengan memakan buah belimbing muda sebanyak dua biji sehari. Amalkan memakan buah belimbing ni setiap hari sehinggalah tekanan darah turun ke paras normal.

Selain itu, jangan lupa jaga pemakanan seharian. Kurangkan pengambilan garam, daging dan makanan yang mengandungi banyak lemak.

Boleh tak? Harap anda yang mengalami penyakit darah tinggi dapat cuba petua merawat darah tinggi selepas ini. :)

Selamat Mencuba!
 
Dan yg paling penting msti kurangkan marah...sebah marah boleh menaik darah seseorang!!!:mad::mad::mad:
 
tidur kena cukup

jangan banyak berfikir sebelum tidur
 
mak mertua ada darah tinggi juga tapi dia amalkan minum air timun setiap pagi...so far alhamdullilah...dah berkurangan
 
Back
Top
Log in Register