Alva_83
Fun Poster
- Messages
- 474
- Joined
- Aug 22, 2007
- Messages
- 474
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Ni ada satu problem kat kawasan perumahan yang bakal aku beli iaitu Perumahan Desa Mardhiah Binaraya. Aku dengar terdapat sekelompok kejiranan yang terkenal dengan sikap kurang ajarnya. Lokasi kejiranan itu betul-betul berhadapan dengan tapak projek perumahan Desa Mardhiah Binaraya yang sedang dibangunkan oleh PKINK. Selidik punya selidik memang betul la. Penah satu petang time aku melawat kawasan tu, dengar bunyi mercun yang kuat sangat, cari punya cari nampakla sorang pemuda gemok tengah bertekak dengan sorang warga emas.
Dengar punya dengar, warga emas tuh marahkan pemuda tersebut sebab baling mercun ke halaman rumahnya, si pemuda gemok tu cakap dia baling mercun ke arah kucing, punyala bodoh alasan..
Bila warga emas tersebut menegur dia main mercun, dibalasnya dengan balingan tongkol kayu dan batu ke arah rumah warga emas tersebut. Last sekali dibaling pulak ngan mercun yang aku dengar tuh, kuat gila, mesti mak cik tu bengang telinga. Punya la kurang ajar punya orang.
Tanya punya tanya, tau la yang pemuda gemok tu bekas penjenayah yang pernah dipenjarakan atas kesalahan memiliki ganja. Tak puas puas nak mendajal sekarang ni tengah simpan stok mercun-mercun merbahaya.
Hampir musim perayaan ni lagi la dia menyetan. Penah cousin aku dan aku lalu kat kawasan tu, dibalingnya dengan mercun ke arah kereta kitaorang. Bukan dia la, tapi dah dapat agak, stok tu datang dari mana, time tu seminggu nak raya, budak-budak kawasan tu dah meriah main mercun macam malam raya, maklumlah pengedar dekat ngan umah.
Melihatkan neighborhood yang macam tu, risau gak aku, sebab rancangan time dah tua tua nak dok situ, tapi kalau wujud manusia macam tu kat kejiranan pun boleh mengganggu ketenteraman idup aku anak beranak. Satu lagi banyak dengar crita tak baik tentang kejiranan kat situ, dari kes dengki busuk hati sampaila kes fitnah dan jaja cerita orang.
Dahla JKKK tak de kawasan tuh, penghulu pun ada dua, wakil rakyat yang tinggal berdekatan pun dikatakan berkroni ngan bekas banduan dan suku sakatnya. Tak tau la apa motif wakil rakyat yang terkenal dengan kerana disayangi nik Aziz tu. Orang macam tu pun bleh buat kroni...
Persoalan saya ialah boleh tak kalau kawasan tu diwujudkan JKKK? Macam mana nak mula? Nak rujuk sapa tanpa birokrasi? Kalau sesape tau tolong bagitau...
buat je mcm citere city of god... saper2 penah tengok...kalau belum wajib tengok.. carik ler dvd dia.. atau download...susah nak carik citer nier..
pasal kehidupan taman kat rio, brazil...mcm nie ler tapi langi gangster ler..
aku rasa mamat nie terpengaruh tengok citer nie kot...
base on true story tau citer tue..hehehhe
promote pulak...
tapi benar.....