BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PEMADAM Gesa Larangan Mutlak Rokok Elektronik

kupanglaut

Super Active Member
Messages
7,436
Joined
Jun 13, 2025
Messages
7,436
Reaction score
88
Points
80
4b41901b89334493d2f6bb6875d7568368999dd2e8536

Gambar fail Bernama

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) menggesa kerajaan mengharamkan sepenuhnya pengimportan, pengilangan, pengeluaran, pengedaran, penjualan, pengiklanan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di seluruh negara.

PEMADAM juga mahu satu undang-undang khusus digubal untuk mengharamkan semua bentuk vape dan semua jenis peranti rokok elektronik sama ada mengandungi nikotin atau tidak, termasuk larangan penjualan, pengedaran, pengiklanan, promosi dan penggunaan.

Usul berkenaan antara tujuh perkara dibentangkan Pengerusi Wanita PEMADAM Kebangsaan Datuk Jamelah A Bakar, yang kemudiannya diterima sebulat suara dan diluluskan dalam Perhimpunan Agung Dwitahunan PEMADAM Kebangsaan Ke-46 pada 11 Ogos.

Jamelah turut menggesa semua kementerian dan agensi kerajaan di peringkat pusat serta negeri bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melaksanakan pengharaman vape termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.

Antara usul lain adalah menaikkan umur minimum pembelian produk merokok kepada 21 tahun, memperketatkan penguatkuasaan dan mengenakan hukuman berat terhadap penjualan kepada individu bawah umur, serta memperkasakan kempen pendidikan awam di sekolah dan komuniti mengenai bahaya vape.

Pada 28 Julai lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM sedang meneliti langkah ke arah pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan vape di Malaysia.

Dzulkefly berkata sebarang cadangan pengharaman penuh akan mengambil kira pelbagai faktor termasuk bukti saintifik, kes EVALI (kecederaan paru-paru yang dikaitkan dengan penggunaan vape), aspek perundangan, implikasi terhadap industri, ekonomi serta keberkesanan penguatkuasaan.

Pada masa ini, enam negeri telah menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen penjualan rokok elektronik iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang.

Sementara itu dalam kenyataan PEMADAM, realiti menunjukkan bahawa penggunaan vape atau rokok elektronik di Malaysia semakin membimbangkan khususnya dalam kalangan remaja, wanita dan belia, apabila produk itu dipromosikan sebagai gaya hidup moden yang kononnya lebih ‘selamat’ berbanding rokok konvensional.

 
Back
Top
Log in Register