BTC USD 81,560.1 Gold USD 3,999.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peluru tembus dada kiri, kanan

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
PUTRAJAYA: Seorang anggota polis bantuan yang bertugas di Bank Simpanan Nasional (BSN), Seremban ditemui mati di satu kawasan lapang berhampiran jalan masuk utama ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dekat sini, awal pagi semalam.

Mayat mangsa, Tahir Talib, 39, ditemui dengan kesan tembakan di dada kanan dan kirinya di tempat duduk pemandu sebuah kereta Proton Iswara.

Mangsa ditemui anggota unit peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang yang meronda di kawasan itu, kira-kira jam 1 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob, berkata anggota peronda ternampak sebuah kereta berhenti di kawasan itu dan apabila diperiksa, mereka mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan tubuhnya dalam keadaan berlumuran darah.

“Pemeriksaan lanjut menemui sepucuk Revolver dan kelongsong peluru yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di tepi paha kanan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zahedi berkata, siasatan lanjut juga mendapati mangsa tidak disamun berikutan barangan berharga miliknya seperti beg duit dan telefon bimbit masih ada pada mangsa.

“Berikutan itu, saya mengesahkan bahawa insiden tembakan ini tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sedang untuk dibedah siasat dan keluarganya sudah dimaklumkan bagi urusan pengebumian,” katanya.

mymetro online news.
 
senang betul cakap kematian mengejut....kalau omutih dah siasat habis dah ni..
 
senang betul cakap kematian mengejut....kalau omutih dah siasat habis dah ni..

Tula... patut memang kena siasat benda macam ni, panggil CSI. Polis Malaysia memang camni nak wat keja senang jer.
 
Back
Top
Log in Register