Pittrich
Active Member
- Messages
- 1,081
- Joined
- Jul 23, 2012
- Messages
- 1,081
- Reaction score
- 6
- Points
- 25
pergh..
mmg merpek la..baik g niaga duit 5k tu..hhehehehehe..
yg kena org islam gak..hampeh la sykt ni klu btul2 tipu..
rajin ko korek thread lama.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
pergh..
mmg merpek la..baik g niaga duit 5k tu..hhehehehehe..
yg kena org islam gak..hampeh la sykt ni klu btul2 tipu..

PENIPUAN LEGASI ULUNG SDN BHD
Posted :Friday, June 15, 2012; by Hamizahtul Mazian Send Maill
Saya ingin membuat pengaduan tentang bekas majikan saya Legasi Ulung Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada 9 Jun 2011 dan beralamat di No 41-42,Jalan Sg Aur KS/4,42000 Pelabuhan Klang. Pengarah syarikat iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595 telah memberitahu saya bahawa Syarikat Legasi Ulung Sdn Bhd mempunyai tapak Universiti Maritim di Lumut seluas 103 ekar dan mempunyai kapal sendiri sebanyak 4 buah.
Saya ditawarkan bekerja dengan syarikat ini dengan tawaran gaji sebanyak RM10759.00 dan saya diberitahu oleh Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595 bahawa tujuan syarikat ini ditubuhkan adalah untuk mengembalikan warisan maritim dan juga untuk mengislamkan kapal. Ini disebabkan kebanyakan pelaut adalah warga asing dan kemudahan yang disediakan diatas kapal agak terhad untuk seorang islam contohnya dari segi pemakanan,surau dan keperluan lain.
Syarat untuk mengambil kru kapal juga diutamakan kepada bangsa melayu dan islam. Saya tertarik dan menerima tawaran tersebut. Saya Dilantik sebagai Pengururs Besar Pemasaran pada 1/11/11 dan telah mendapat Pengesahan jawatan pada 23/03/12. Majikan mengarahkan saya untuk menubuhkan pasukan pemasaran(Team Marketing).
Kami telah diarahkan untuk membuat pemasaran mencari seramai yang boleh pelaut/kru kapal.Kami diberitahu oleh majikan iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595 bahawa syarikat Legasi Ulung Sdn Bhd telah membeli beberapa buah kapal dan mereka menunjukkan Sijil Kebenaran Menggunakan Nama Kapal yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.
Antara nama-nama kapal yang mereka daftarkan ialah Legasi Wira,Legasi Saga dan Legasi Iswara. Majikan memberitahu kami bahawa kapal akan masuk ke Pelabuhan Klang pada bulan Julai 2012 dan buat masa ini kapal berada di Pelabuhan Singapura. Oleh itu, Majikan saya mengarahkan saya dan kumpulan mencari kru kapal/pelaut seramai boleh dan secepat yang mungkin.
Setiap idividu yang ingin bekerja sebagai Pelaut dikenakan syarat iaitu bagi yang telah mempunyai sijil BST/TFA mereka dikehendaki mendaftar dan membayar kepada Legasi Ulung Sdn Bhd dengan bayaran RM1,500.00 dan menjanjikan perkerjaan dengan menaiki kapal Legasi Ulung dan bagi Kru Kapal/Pelaut yang tidak mempunyai sijil BST/TFA mereka dikehendaki membayar sebanyak RM5000.
Diatas tanggungjawab yang diberi, saya telah bekerja sama dengan beberapa badan kerajaan seperti JOBs Malaysia, JTK PERAK,KELANTAN,KUALA TERENGGANU,JOHOR,MELAKA,NEGERI SEMBILAN,MARA,AKDK,YAYASAN SELANGOR dan PAROL. Ramai individu yang telah mendaftar sebagai pelajar dan membayar sebanyak RM5000.00. Kumpulan Pemasaran dibawah pengawasan saya sering menyertai karnival pekerjaan yang diadakan disetiap negeri.
Untuk pendaftaran dikarnival majikan mengarahkan kami untuk mengambil RM100.00 sebagai pendaftaran dan selebihnya akan dibayar di pejabat Legasi Ulung Sdn Bhd. Semua individu yang membayar dikehendaki membayar Tunai dan Kami diarahkan oleh majikan untuk tidak memasukkan duit ke dalam akaun bank syarikat atas alasan akan mengganggu audit. Kesemua wang yang diterima akan diserahkan oleh saya dan kumpulan kepada Majikan iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595 bersama Payment Voucher.
Sepanjang saya dan kumpulan bekerja di Legasi Ulung Sdn Bhd kami banyak mendapat maklum balas dari beberapa individu yang telah membayar duit sebanyak RM5000.00 kepada Legasi Ulung tetapi masih tidak menaiki kursus, tidak mendapat sijil BST/TFA dan tidak menaiki kapal. Majikan menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada kumpulan saya atas alasan semua individu terbabit membayar kepada bekas pekerja mereka dan syarikat Legasi Ulung di sabotaj oleh bekas pekerja mereka sebelum ini.
Sepanjang kami bekerja disana Syarikat Legasi Ulung Sdn Bhd tidak membayar gaji kami seramai 9 orang. Setiap kali kami bertanya tentang gaji, Pihak majikan memberitahu bahawa mereka menunggu dana dan akan membayar penuh gaji kami disamping meminta kami bersabar. Mereka mengatakan mereka mendapat dana dari PUBEL yang berpengakalan di Labuan sebanyak RM3.859 Billion. Menurut majikan iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595 dana tersebut tersekat di Bank Negara Malaysia dan hanya akan diluluskan selepas Pilihanraya.
Saya dan kumpulan menyedari kami ditipu oleh pihak majikan apabila kami mendapat panggilan dari pihak kolej iaitu pusat latihan individu yang mendaftar untuk mendapatkan sijil bahawasanya Pihak Kolej menerima cek tendang dari Legasi Ulung Sdn Bhd dan tiada pembayaran dibuat oleh Majikan kami kepada Pihak Kolej.
Oleh itu, Pihak kolej meminta pembayaran dibuat dan sijil akan dikeluarkan. Apabila kami bertanya kepada majikan iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595 mereka mengatakan bahawa pembayaran akan dibuat apabila dana dikeluarkan. Saya dan kumpulan terpaksa menerima pelbagai reaksi kemarahan dari pelajar-pelajar yang tidak mendapat sijil dan menaiki kapal.
Pihak majikan hanya lepas tangan dan membuat fitnah mengatakan kumpulan saya melarikan dukumen syarikat dan duit. Saya membuat pengaduan ini, supaya tidak ada lagi orang yang akan ditipu oleh syarikat Legasi Ulung Sdn Bhd.
Tiada kapal yang masuk dan tiada tapak universiti seperti yang dikatakan oleh majikan iaitu Muhammad Awis Qarni Bin Ahmad Rashidi KP:770311-08-7133 dan Abd Ra'uf Bin Amin KP:701004-01-5595. Mereka hanya mengaut keuntungan dengan setiap pendaftaran yang dibuat.
Saya memohon pihak yang bertanggung jawab dapat membantu dan menyelesaikan perkara ini.
http://www.aduanrakyat.com/v2/complaint-maritim.html
Btul ke ni??:-?:-?

ya ALLAH.. yg bestnya aku berpeluang pegi talk diorg ni. Aku jumpe Awis dgn Rauf ni..
btul ke diorg scam tuan??:-?

tahukah saudara2.. company nie telah menipu ramai pekerja nya dan saya dengar, mereka juga menipu pelajar2nya.. elok selidik dahulu... saya adalah antara bekas pekerjanya yang masih menunggu kes kami dibicarakan dimahkamah..
