BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelik tapi benar- Dr Mahathir

KEPERIHATINAN
By Dr. Mahathir Mohamad on March 1, 2009 10:09 PM | Permalink | Comments (123) | TrackBacks (0)
1. Rakyat yang selalu mengguna jalan tol akan berasa lega kerana kenaikan tol yang diumumkan oleh Menteri Kabinet yang bertanggungjawab, Datuk Seri Mohd Zin akan dikaji semula oleh Kabinet.

2. Perdana Menteri telah mengarahkan Kabinet mengkaji semula kenaikan tol kerana "Apa yang dibincangkan dan diputuskan itu dibuat dua tiga minggu lalu dan sejak itu keadaan ekonomi menjadi bertambah buruk".

3. Apa gamaknya yang telah jadi kepada ekonomi Negara dalam jangka masa tiga minggu. Biasanya sebelum keputusan dibuat oleh Kabinet, maklumat berkenaan aliran ekonomi diberi oleh pakar-pakar untuk jangkasama yang agak panjang, sudah tentu lebih dari tiga minggu. Apakah pakar-pakar ini telah tergesa-gesa lari ke Perdana Menteri tiga minggu selepas keputusan dibuat oleh Kabinet untuk memaklumkan ekonomi merosot begitu teruk dan tol tidak boleh dinaikkan. Apakah mereka menjelaskan bahawa kajian semula tol akan membaikkan keadaan ekonomi. Atau apakah Perdana Menteri membawa perkara ini ke Kabinet dengan data yang cukup tentang keburukan ekonomi sebelum mengumumkan tol perlu dikaji semula. Atau apakah kenaikan ini tidak bijak dibuat semasa beliau masih Perdana Menteri. Tunggu orang lain naik jadi Perdana Menteri dan terpaksa menaikkan tol.

4. Atau apakah ini satu lagi manifestasi "flip-flop" Abdullah? Mungkinkah perletakan jawatan juga perlu dikaji dengan lebih mendalam apabila masanya hampir tiba. Ekonomi yang amat teruk boleh juga jadi satu alasan. Dapatkah ekonomi negara dipulih tanpa Dato Seri Abdullah?

5. Apa pandangan Tingkat Empat?

Pak lah on hold dulu pasal tol punya status. tol akan naik selepas pak lah turun dan dapat gelaran Tun.so beliau turun dengan rekod baik?

Melayu Selalu Terlupa.
 
hebat sangat kah Tun ni?
kalau Tun ni rasa hebat sangat jadi jer calon BEBAS lawan kerusi parlimen bukit gantang nanti.. mana la tau nanti menang, ada gak suara dia kat parlimen tu nanti.. jgn kena buli balik sudah laa hahaha

p/s: bekas PM boleh bertanding lagi ke pilihanraya?
 
PM tu kena berehat la jwb nye..
 
Masa Tun Jd Pm dlu pemimpin2 negara lain gerun dgn dia..dia mentadbir negara mcm mentadbir sebuah oranisasi..business..kita jadi negara yg dikenali pun waktu dia n etc..he is a wise man..dia tau apa yg dia buat..jgn la kita mencaci org sblm kita kaji elok2 dlu..

P/s: Pak lah tu memang seorg timbalan yg baik..Tun pun ckp dia seorang penolong yg bagus..(tp penolong je la)

bila dh jd ketua,,hancus..dia cm tak tau nk buat kputusan sndri.tu yg kne dgr menantu dia punye arahan tu..hahhaha..:eek:

ble dh buat 1 kputusan, tp tak tetap, ble rakyat bising trus nk kaji semula..apa daa..bdk kecik pun blh mentadbir cam ni..nmpk sgt dia tak kaji betul2 apa yg dia nak buat, sampai nak kena kaji2 berkali-kali..waktu TUn ada jadi cam ni?

Fikir la sendiri..:)paid:)cgrock
 
bagusler hang punya komen
 
tun mahathir tu sape eh?...ade kena ngena dgn tuncay player bola tu ke?

ehemm..
inilah generasi sekarang tak reti menghormati org tua....kau lum tua,bila dah tua taulah macam mana perasaan bila org tak hormat ko....nasib baik mak bapak aku didik aku hormat org tua...w/pun ko nampak TDM tu cam jahat tp aku tak rasa sbb aku tak kebulur di bumi m'sia,aku tak pegang senapang masa kecik,aku kenyang kala kanak2 negara lain kelaparan...so apa lg yg aku nak kalau semuanya bahagia di bumi m'sia?
 
betul tu. aku sokong statement yg ko berikan nie.... :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register