BTC USD 81,559.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelesit Merah

Ada part 2 tak cerite ni
Nak tau la jugak apa jadi selanjutnya
 
Mungkin pelesit tu jelmaan Syaitan kott.aku pun nak kongsi cerita tentang pelesit.Mak aku seorang jurujual Kuih Muih.lebih 10 tahun dah berniaga.sejak akhir akhir,gerai mak aku memang laku.Maklumlah org berniaga,mcm mcm ilmu pakai.Mak aku hanya pakai ayat pendinding belerang kuning dibaca ayat kursi dan diletak dibawah alas meja kuih.paham paham la.takut ada yang hasad dengki.

Tiba tiba nenek aku mengaduh tidak boleh buang air besar di rumah.Dah bawak hospital masuk ICU barulah nenek aku dapat buang.seminggu woo x buang.Sehari selepas nenek aku keluar.Mak aku pulak masuk hospital kerana xbleh buang air kecil.perghhh,kuning habis muka mak aku.puas doktor bagi ubat sampai 6 hari x buang.

Nasib ayah aku ingat ingat lupa perubatan islam(dulu ayah aku tukang urut tradisional dan pengubat islam tapi tetiba kena serang strok,nak detail PM la),So ayah aku pergi beli colok setanggi.Pergi bakar colok setanggi ni setiap bilik,ruang tamu dan dapur.aku lepak bilik la.Time mak aku xde la ayah aku buat kerja ni.maklumlah apa orang kata kalau kita bakar colok.untuk pengetahuan,ini bukan colok cina arrrrr.

Selang sejam,aku keluar bilik.aku jumpa pelesit.bukan sekor,tapi 16 ekor kesemuanya.Memang lahanat tukang hantar kat rumah aku.xdapat hantar kat gerai mak aku,hantar kat rumah.aku terfikir,kebetulan mak aku teman nenek aku tidur kat bilik tetamu kat depan rumah sekali.semua nya sebesar 2 jari hantu,petunjuk dirapatkan.aku test la sikit.baca ayat kursi selafaz,tiup dan campak.memang KO pelesit tu.apa lagi.Misi membakar,cabut kepala semua aku test.kekek

Hari ke 7,mak aku dibawak ke dialisis pasal urine dlm darah dh tinggi sgt.alhamdulillah mak aku dapat buang air kecil semula.aku not sure sama dialisis atau buang pelesit tu yg selamatkan mak aku.kata orang utamakan perubatan moden diutamakan,perubatan lama jangan ditinggalkan.

Sekarang ni,mak aku dh x berniaga selepas kejadian.Mak aku nak aktif semula dgn aktiviti masjid.lagipun semua anak dh kerja.yang best nya,tetiap hari mesti ada kuih.maklumlah,orang dh biasa berniaga.kekekeke
 
Pelesit??!!!???

We are biker.Not Pelesit Jalanan

Khas untuk En Mazidul Akmal Sidek
 
Aku ada pengalaman juga dengan pelesit merah ni masuk dalam rumah...alhamdulillah dengan jurus jerr ...hilang terus pelesit ni..hanya yang pernah mengalami jer tahu camna keadaan makhluk syaitan ni.
 
takde sambungan ke cite ni tt?
nenek tu gi mana? apsal tak follow dia?
 
Salam semua....saja nak berkongsikan pengalaman...

Kisah ni dah lama berlaku...lebih kurang 25 atau 30 tahun yang lalu...pada suatu malam...kakak aku ada terjumpa belalang berwarna merah yang masuk kedalam rumah...bentuknya lebih besar sedikit dari belalang biasa...setelah dapat ditangkap....kita orang pun pelik jugak belalang apa ni...warna merah...apalagi kakak aku pun pegang dan cucuhkan mulut belalang tu di tepi kain yang dia pakai...bila mulut belalang tu cecah je kain kakak aku rentap...so terputuslah kepala dia ngan badan....( ikut kata orang tua-tua kalo nak tahu benda pelesit atau bukan cecahkan mulut dia kat hujung kain...kalau kita rentap putus maknanya tu pelesit kalau tak tu belalang biasa...tak taulah betul ke tak...)

Misterinya adalah pada keesokan hari...ada seorang nenek tua ( aku rasa cam umur 70 ke atas je )merayau-rayau di taman perumahan kita orang...kat tangan dia ada seutas tali cam tali ikat lembu tapi pendek dan diikat cam tali gantung( taman perumahan kami tak besar cuma 32 biji buah rumah je...) nenek tua tu lalu lalang dekat kawasan perumahan kita orang dia pusing sana sini cam orang gelisah...so adalah jiran kita orang yang brani tu tanya kat nenek ni cari siapa...( masa tu aku ada kat situ )...kakak aku dah sembunyi kat dapur rumah ketakutan... lebih kurang dialog dia cam kat bawah...

Jiran aku : Nenek cari siapa..??
Nenek tua : Aku cari anak perempuan aku...hilang...dari malam tadi tak balik rumah..!!
Jiran aku : Nama anak mak cik siapa...???
Nenek tua : ( Nenek tu diam...lepas tu dia kata )...Anak aku yang lelaki si Megat ada kat rumah ....tapi anak perempuan perempuan aku ni tak balik-balik...
( Lepas tu nenek tu jalan lagi masa tu kita orang ikut dia pergi ke taman perumahan sebelah sambil memegang tali...cam tali gantung....cam tali penambat tapi pendek...)

Begitulah cerita aku... mungkin tak seram pada korang tapi pada aku dan kakak aku yang terlibat membunuh pelesit merah masa tu memang takut gila#:-S...lagi2 tengok muka nenenk tu berjalan kehulu ke hilir cari anak perempuan dia....

nenek tu la yg hantar pelesit ke rumah TT..bila kita bunuh pelesit dia, tuan punya pelesit x boleh duduk diam..dia akan mundar mandir kat kawasan rumah yg dia hantar tu.

saya pun pernah alami awal tahun ni. masa tu masih kat kuantan. tiba2 makhluk ni ada kat dapur rumah sewa saya tinggal. bila nak dekat dgn dia, dia serang kita.. last2 saya geram sangat, buka kuali n panaskan minyak..stand by buku kulit keras kat tangan. masa dia nak serang tu, saya smash masuk dalam kuali minyak panas tu.. terus KO! nasib x buat lauk je:)):))

saya ambil buang ke pantai terus..sebab rumah kat tepi pantai. agak2 tuan dia tu rasa panas macam kena goreng x masa pelesit dia masuk dalam kuali tu?:))
 
gambar pelesit tu mcm ni ke tt?
kalu yg ni selalu jmpa dulu...
tapi kalau warna merah,tak pernah lak..
119243383.LvFmuMVQ.jpg
 
yelah tu...kwn biasa jumpa yg kaler hijau ni je...yg kaler merah tk pernah jumpa lg...
 
dia bukan merah seluruhnya. ada tanda merah atas kepala. cabut kepala dia, tgk isi dlm. hehehe...
 
Back
Top
Log in Register