BTC USD 81,918.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Pelbagai menu, harga tetap RM1

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,577
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,577
Reaction score
5,461
Points
486
0520rssinggit_1716192448.jpg

Machang: Hanya dengan RM1, pelanggan boleh menikmati pelbagai menu yang disediakan di kedai makan milik bekas penyelia kilang, Aminah Awang, 56, di Kampung Raja, di sini.

Aminah berkata, walaupun kos barangan meningkat namun dia akan terus mengekalkan harga RM1 bagi setiap makanan yang dijual sejak lapan tahun lalu yang dianggap sebagai perkongsian rezeki dengan pelanggan.

Katanya, matlamat utama dia menjual pada harga sedemikian adalah bagi memberi lebih pilihan kepada pembeli selain membantu mereka yang kurang berkemampuan.

"Di antara makanan yang dijual pada harga RM1 ialah mi dan kuetiau sup, nasi air, air batu campur (ABC), sosej, lokcing, dan beberapa jenis minuman.

"Selain itu, saya turut menambah beberapa menu lain yang dijual pada harga RM2 hingga RM3 seperti mee celup perut dan kerabu maggi," katanya ketika ditemui di premisnya di Kampung Raja, di sini, hari ini.

Katanya, ada di antara pelanggan yang memintanya supaya menaikkan harga makanan, namun dia tidak sampai hati disebabkan kedai makan yang diusahakan di perkarangan rumahnya itu menjadi tumpuan pelajar sekolah dan juga penuntut universiti.

"Alhamdulillah, walaupun dijual dengan harga RM1 namun masih ada untung walaupun sedikit," katanya.

Ibu kepada empat anak berusia antara 19 hingga 29 tahun ini berkata, pelanggannya terdiri daripada penduduk sekitar dan kampung berhampiran malah ada juga luar daerah hingga tidak menang tangan.

"Mujurlah saya juga dibantu oleh dua orang anak Ku Nur Ainna Ariesya Ku Anuar, 21, dan Ku Nur Ainna Atiera, 29.

"Saya berasa gembira apabila melihat setiap pelanggan yang datang ke kedai dapat menikmati hidangan pada harga RM1 dengan kuantiti banyak dan mengenyangkan," katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Ayu Awang, 42, berkata, dia bersama tiga ahli keluarganya dari Tanah Merah sanggup datang disebabkan harga murah dan aneka menu yang sedap di kedai berkenaan.

"Kami sedar kenaikan harga barangan mengakibatkan peniaga terpaksa menaikkan harga makanan namun bagi saya sebagai pengguna harus bijak memilih untuk mendapatkan makanan dengan harga berpatutan.

"Selain murah, makanan yang dijual juga sedap dan pada masa sekarang memang susah didapati di mana-mana premis makanan lain," katanya.

"Di antara makanan yang dijual pada harga RM1 ialah mi dan kuetiau sup, nasi air, air batu campur (ABC), sosej, lokcing, dan beberapa jenis minuman.

"Selain itu, saya turut menambah beberapa menu lain yang dijual pada harga RM2 hingga RM3 seperti mee celup perut dan kerabu maggi," katanya ketika ditemui di premisnya di Kampung Raja, di sini, hari ini.

Terliur pulop baca ni 😋
 
Ni memang ikhlas meniaga.
Taknak pergi tel aviv balik hari.
 
Bagi chance akak ni jadi menteri besor ke jadi exco.

Tarif air naik tp akak ni niaga harga jualan tak berubah sekupang pun.
 
Subsidi diesel kena tarik dah tentu harga naik pasni
Bg chance la Kat akak tu jd mb ke menteri ad bukti niaga dh 8 thn tak pernah naik rege. Walk the talk.

Had yg ado semua ckp pakai air liur. Bila jd menteri semua naik rege.

Akak ni tak pakai Mercedes, tak pakai Camry.
 
Pasni naik la tu harga makanan bila harga diesel naik
 
Akak ni niago rego thn 80an 90an.

Menteri ko mn ado ko totap kn hargo brg ikut thn 80an 90 an.

Kang dh jd menteri Br tersodar inflasi dunio kita tak blh mengawal harga barangan. 😆😆 selalu Dongar kn. Kal tak ponah Dongar dok kt dlm Guo la tu.
 
c98985ef-2b6b-4ee5-8e05-3a8280d2ea55.jpeg

Rafizi
 
Back
Top
Log in Register