BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelantar Pendidikan DELIMa, Usahasama Apple, Google & Microsoft - KPM

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Pendidikan dan pembelajaran sekolah secara digital bukan sebuah konsep yang baru di Malaysia. Sebelum ini, Yes4G memegang kontrak untuk sistem pembelajaran digital FrogVLE yang digunakan untuk beberapa tahun.

Hari ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan penggunaan platform baru yang dinamakan DELIMa, ataupun Digital Educational Learning Initiative Malaysia iaitu sebuah pelantar pendidikan yang tiba dengan kerjasama bersama-sama dengan Apple, Google dan Microsoft.

DELIMa-3b-950x534.png


Ia menggabungkan tiga platform dan sumber pendidikan digital syarikat-syarikat ini, termasuklah Apple Teacher Learning Center, Google Classroom dan Microsoft 365 yang boleh diakses melalui laman web DELIMa oleh guru-guru dan para pelajar.

pasted-image-0-950x534.png


Pihak KPM mengatakan bahawa DELIMa kini digunakan oleh 370,000 orang guru dan 2.7 juta pelajar dari 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia dengan purata pengguna sekitar 1.7 juta orang.

Pelantar pendidikan ini sedang dikembangkan lagi penggunaannya, dan dijangka akan meningkat lagi tidak lama lagi.
 
Back
Top
Log in Register