BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelan besar Mr Bean

ARIFFX

Legendary Member
gem
Messages
12,041
Paid Membership
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,041
Reaction score
160
Points
123



Oleh Hafiz Ithnin
[email protected]





SUPER Bean International Pte Ltd (Super Bean), syarikat francais antarabangsa produk makan dan minuman berasaskan soya, Mr Bean menerusi syarikat francaisi di Malaysia yang dikendalikan Glycine Max Sdn Bhd (Glycine Max) menyasarkan jualan sehingga RM50,000 sebulan dengan pembukaan satu cawangan di negara ini.

Ketika ini, Mr Bean mempunyai satu cawangan di Petaling Jaya dan merancang untuk membuka antara dua atau tiga cawangan dengan nilai pelaburan setiap satu dianggarkan berjumlah kurang RM100,000 tahun depan.


Pengarah Urusannya, Kang Puay Seng berkata, sasaran jualan itu bergantung kepada lokasi dan segmen pelanggan yang datang di setiap cawangan kerana ia mempengaruhi peningkatan jualan dalam tempoh setahun ia dibuka.


Katanya, Glycine Max selaku pemegang francaisi di Malaysia mengenal pasti beberapa negeri yang berpotensi bagi membuka cawangan baru iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Melaka pada tahun depan.


“Pembukaan lebih banyak cawangan di Malaysia dijangka merancakkan lagi jualan Mr Bean di seluruh Asia Tenggara yang mana ketika ini kami mempunyai cawangan di beberapa negara seperti Singapura, Korea, Jepun dan Filipina.


“Tiga cawangan baru yang ingin dibuka itu adalah strategi perniagaan yang dirangka oleh syarikat untuk meluaskan pasaran di rantau ini kerana ia termasuk di dalam 10 buah cawangan yang bakal di buka pada tahun depan,” katanya pada majlis pelancaran cawangan pertama Mr Bean di Petaling Jaya.











Beliau berkata, Mr Bean turut mencipta menu yang berbeza bagi setiap negara dan produk soya menjadi elemen asas dalam setiap penyediaan menu makanan serta minuman kepada pelanggannya.


“Bagi memenuhi cita rasa pelanggan di Malaysia kami memperkenalkan beberapa menu baru yang mana soya dicampurkan bersama susu soya seperti Sea Coconut Beancurd, Coconut Soya Blended Milk dan Green Tea Ice-cream,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/27
 
kuang asam ariff....

ingat mr bean lawak tu...:eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek::eek:
 
aku ingat mr bean rowan atkinson tu..
 
ak klu tau mmg aku x bukak pon..arap nmpak mr.bean kt tajuk...hahahah
 
mamat ni terserempak dgn dia ari tu kt jln doraisamy...pakai uniform pengawal keselamatan...

lawak dia simple je ....tp gagal menambat hati juri pro.... tp lawak pe dgn muka yang tak bersalah tu sambil melawak:eek:
 
mamat ni terserempak dgn dia ari tu kt jln doraisamy...pakai uniform pengawal keselamatan...

lawak dia simple je ....tp gagal menambat hati juri pro.... tp lawak pe dgn muka yang tak bersalah tu sambil melawak:eek:
 
kena try ni..dh le aku antu soya
 
aku ingat rowan atkinson yang dalam cerita mr bean tu
 
Back
Top
Log in Register