BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaksanaan gaji minimum diperluas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mohammed Khusrin​

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor berjanji akan memperluas pelaksanaan gaji minimum RM1,500 selain syarikat milik kerajaan negeri (GLC).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, Kerajaan Selangor sudah melaksanakan pelarasan gaji maksimum menerusi dana khas sejak 2012 lalu kepada 20 GLC dan akan diperluaskan selepas kajian dan pertimbangan dilakukan.

"Pelaksanaan gaji minimum ini telah diumum dan mula dilaksanakan sejak pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lagi yang membabitkan lebih kurang 20 GLC di bawah kerajaan negeri.

"Begitu juga dengan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), peningkatan gaji mereka juga sedang dikaji ia akan diumumkan tahun depan," katanya.

Sebelum itu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dalam perutusan Hari Pekerja berkata, Kerajaan Selangor konsisten memperjuangkan gaji minimum bukan sahaja di Selangor, malah ke peringkat nasional.

Katanya, paras kemiskinan tegar ditentukan berdasarkan rendahnya kadar gaji pekerja.

Menurut beliau, sekiranya paras itu dinaikkan pada kadar lebih munasabah, maka peratusan miskin dan miskin tegar juga sebenarnya jauh lebih besar di seluruh negara.

Tambah beliau, pembangunan bukan hanya di atas kertas semata-mata.

"Kerajaan negeri prihatin dengan nasib pekerja, ia tidak wajar diabaikan.

"Sebagai negeri termaju, pekerja memainkan peranan besar dan tulang belakang kepada pembangunan sehingga Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara," katanya.
 
Back
Top
Log in Register