BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon Liza Abdullah Fail Perceraian

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
liza+abdullah.jpg

Pelakon Norliza Abdullah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat di sini.

Norliza atau lebih dikenali sebagai Liza Abdullah, 52, hadir ditemani peguamnya bagi tujuan berkenaan dan memfailkan permohonan di kaunter mahkamah pada Rabu lalu.

Liza turut mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan.

Dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar pada 2012, Liza menepis khabar angin berhubung gosip kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga dan enggan berkongsi kisah peribadi dengan peminat.

Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Pelakon itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an.

Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.
 
waduh dh tua2 ni brdamai je la. sama2 p masjid buat ibadah ke, jemaah solat sama2 kt rmh ke lg elok.
 
dah berumur....anak2 pon dh besa...xkan xleh setel elok2 bincang2...
 
dah berumur....anak2 pon dh besa...xkan xleh setel elok2 bincang2...

Taktau lah....dah berusia ni mungkin nk kebebasan kott... Tapi dia ni gosip mmg takde....tup tup kuar cite ni...:-?
 
Dekat mahkanah shariah tu ramai pasangan tue bercerai
Bukan perkare baru lagi
Sebab penceraian ade macam2 sebab
 
Back
Top
Log in Register