ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kuala Lumpur, 19 Mac 2006- Interview dengan pemilik Restoran Kekantan Delight, Junaidi Yen Abdullah di paras 4, KLCC untuk ruangan makan-makan rencara kosmo.gambar digital MOHD NOOR AMINpemberita JOHANA (RENCANA KOSMO)
KUALA LUMPUR 1 Mei – Fenomena menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah bagi membangunkan masjid, rumah kebajikan ataupun pondok tahfiz bukanlah suatu perkara baharu di negara ini.
Malah senario itu bagaikan sudah menjadi kebiasaan apabila kelibat mereka sering dilihat di kawasan tumpuan ramai termasuk restoran, stesen pam minyak, di hadapan bank dan kaki-kaki lima bangunan.
Yang menjadi persoalan, mengapa kanak-kanak ini seolah-olah dijadikan kuda tunggangan untuk sesetengah pihak mengaut untung padahal mereka dihantar ke pusat pengajian terbabit untuk menimba ilmu.
Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Juhaidi Yean Abdullah (gambar) berkata, mereka pula seakan-akan telah diprogramkan apabila diajukan soalan.
“Kebiasaannya selain mengutip derma, ada sesetengah daripadanya disuruh menjual produk dan barang-barang. Kadang kala sehingga lewat malam. Bila kita tanya, mereka jawab ini adalah sebagai latihan awal menjadi usahawan dan melatih diri untuk berniaga. Minda dan pemikiran mereka seperti telah dieksploitasi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Tambahnya, jika seorang pelajar mampu mengutip pulangan sekurang-kurangnya RM100 sehari, jumlah kutipan bagi sebuah sekolah tahfiz boleh mencecah ribuan ringgit sebulan walaupun pelajarnya tidak ramai.
“Yang peliknya, dalam beratus pusat tahfiz di Malaysia hanya beberapa sekolah sama dari Kedah dan selatan Thai dikenal pasti sering menjalankan aktiviti ini, daif sangatkah sekolah berkenaan?
“Jika benar, pasti ada kaedah lain yang boleh dilakukan dan saya pasti agensi berwajib termasuk kerajaan sedia membantu. Kita tidak mahu ada desas-desus mengatakan anak-anak ini dilatih menjadi pengemis profesional,” katanya.
Jelas beliau, selain terpaksa bekerja lebih masa, pelajar terbabit dihantar pula ke tempat yang jauh daripada pusat pengajian masing-masing.
“Apa logiknya mereka dihantar di luar kawasan? Adakah di daerah berhampiran tiada orang mahu menderma sehingga yang berada di utara perlu meminta derma sehingga ke Kuala Lumpur.
“Kami sedih melihat keadaan ini kerana mereka sepatutnya dididik menjadi agamawan, para hafiz dan ulama yang sememangnya ada tempat di masyarakat. Tetapi begini nasib mereka,” katanya.