BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar perempuan trauma diragut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kecederaan dialami Pei Wen akibat terjatuh dari motosikal semasa kejadian ragut yang berlaku di Taman Sentosa.
< 1 / 1 >
SITIAWAN – Seorang murid perempuan hampir maut apabila diragut penjenayah bermotosikal ketika pulang dari sebuah sekolah di Ayer Tawar, Khamis lalu.

Akibat kejadian itu, mangsa, Lee Pei Wan, 10, mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Bapanya, Lee Seng King, 43, berkata, ketika kejadian jam 8.45 malam itu, Pei Wan dalam perjalanan pulang dari kelas tuisyen dengan menunggang motosikal bersama kakaknya, Lee Pei Chin, 16, tidak jauh dari kawasan perumahan mereka di Taman Sentosa, Ayer Tawar.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, penjenayah itu meragut beg sehingga anaknya terjatuh di tengah jalan.

“Nasib baik ketika kejadian, tidak banyak kenderaan lain melalui jalan terbabit dan saya tidak dapat membayangkan jika ada lori melalui jalan itu,” katanya pada sidang media di pejabat DAP Sitiawan, semalam, dihadiri Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham.

Seng King berkata, Pei Chin sempat memberhentikan motosikal dan memeriksa keadaan Pei Wan yang hampir pengsan.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu turut membantu mengangkat anaknya dan membawa ke hospital berhampiran untuk mendapat rawatan segera.

"Hasil pemeriksaan lanjut di HRPB, anak saya mengalami beberapa kecederaan di kepala, lutut dan belakang badan akibat terhentak.

“Satu laporan polis turut dibuat bagi memastikan penjenayah terlibat dapat ditangkap,” katanya.

Seng King berkata, pihak polis digalakkan untuk melakukan rondaan yang lebih kerap di kawasan itu kerana sudah banyak kejadian seumpama itu berlaku di sana.

“Saya sangat sedih dengan kejadian menimpa anak saya ini dan amat berharap supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi, “ katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/pelajar-perempuan-trauma-diragut-1.198232
 
Back
Top
Log in Register