BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar mati tersepit dalam gua

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SPANISH FORK, Utah 28 Nov. - Mayat pelajar perubatan yang tersepit di dalam sebuah gua di Amerika Syarikat (AS) tidak akan dikeluarkan dan gua yang popular di kalangan pengembara itu akan ditutup selama-lamanya.

Sebarang usaha untuk mengeluarkan mayat John Jones dari lorong sempit di bawah tanah di mana dia terperangkap dalam kedudukan terbalik pada malam Rabu lalu adalah terlalu berbahaya, kata pegawai di negeri Utah semalam.

"Jika kita meletakkan orang lain di lokasi sama, mereka juga boleh tersepit atau cedera," kata pegawai pasukan pencari dan penyelamat Utah County, Leftenan John Valentine.

Johns, 26, meninggal dunia sejurus sebelum tengah malam kelmarin, kira-kira 28 jam selepas tersepit di dalam lorong yang belum pernah diterokai di Gua Nutty Putty dekat sini.

Pekerja penyelamat bertungkus-lumus untuk mengeluarkannya dari lorong yang terletak kira-kira 30 meter dari permukaan dan sekitar 122 meter dari pintu masuk gua.

Jones terperangkap dalam kedudukan kepala di bawah di dalam lorong menegak berukuran 46 sentimeter kali 25 sentimeter itu.

Gua Nutty Putty yang sepanjang 457 meter itu terletak ke selatan Salt Lake City.

Dalam mesyuarat pagi semalam, pegawai negeri, operator gua, keluarga Jones dan pegawai penguat kuasa undang-undang sebulat suara memutuskan untuk menutup terus gua tersebut secepat mungkin. - AP
 
Kecik jer lubang tu pun dia nak terjah?...ishk ishk..cari nahas la tu...kan tinggal sesorang kat situ...haaaa
 
kesian...
tapi dia akan jadi tanda peringatan gak la kat gua tu
 
suke adventure sangat ni ler jadinye....teroka terlebey...
 
Back
Top
Log in Register