BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelajar ditetak kerana RM15.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
KLANG - Hanya kerana wang RM15, seorang pelajar tingkatan empat parah di bahagian tangan selepas ditetak dengan parang oleh dua lelaki berdekatan sebuah pasar raya di Taman Klang Utama, di sini Sabtu lalu.

Ekoran kejadian itu, tangan mangsa yang dikenali sebagai Yong Meng, 16, tidak mampu berfungsi dengan baik selepas urat tangannya disyaki putus 80 peratus dan gagal berfungsi seperti sebelum ini.

Yong Meng berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang basikal untuk ke pasar raya itu sekitar jam 8 malam.

“Sewaktu hampir nak sampai, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki mendekati saya. Mereka ugut saya serahkan wang sambil mengacukan parang di leher saya,” katanya.

Menurutnya, kegagalannya menyerahkan wang menyebabkan salah seorang daripada lelaki itu cuba mengangkat parang ke arahnya.

“Saya segera pertahankan diri dengan mengangkat tangan akibatnya tangan saya terkena parang. Mereka segera merampas wang berjumlah RM15 dalam kocek saya dan terus melarikan diri,” katanya yang membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Yong Meng menceritakan kejadian itu kepada Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan yang melawatnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Hadir sama, Pengerusi Dap Taman Klang Utama, Ng See Leong.

Sementara itu Manivanan berkata, pihaknya berharap polis dapat membuat rondaan lebih kerap di kawasan kejadian.

“Saya dimaklumkan pada hari kejadian, terdapat seorang lagi warga emas turut disamun dan dicederakan. Saya mengesyaki kemungkinan kejadian itu dilakukan suspek yang sama,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini penduduk mendakwa kes yang sama sudah banyak kali berlaku dan sasarannya adalah golongan kanak-kanak, warga emas dan wanita.

“Saya harap suspek berkenaan dapat diberkas segera kerana kejadian tersebut membimbangkan penduduk di situ yang mana mangsa bukan sahaja disamun malah turut dicederakan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pelajar-ditetak-kerana-rm15-1.311276


image.jpeg
 
Pelajar ditetak kerana RM15

image.jpeg


Manivanan melawat mangsa yang parah di bahagian tangan kanan di sebuah wad di HTAR, Sabtu lalu.
< 1 / 1 >
KLANG - Hanya kerana wang RM15, seorang pelajar tingkatan empat parah di bahagian tangan selepas ditetak dengan parang oleh dua lelaki berdekatan sebuah pasar raya di Taman Klang Utama, di sini Sabtu lalu.

Ekoran kejadian itu, tangan mangsa yang dikenali sebagai Yong Meng, 16, tidak mampu berfungsi dengan baik selepas urat tangannya disyaki putus 80 peratus dan gagal berfungsi seperti sebelum ini.

Yong Meng berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang basikal untuk ke pasar raya itu sekitar jam 8 malam.

“Sewaktu hampir nak sampai, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki mendekati saya. Mereka ugut saya serahkan wang sambil mengacukan parang di leher saya,” katanya.

Menurutnya, kegagalannya menyerahkan wang menyebabkan salah seorang daripada lelaki itu cuba mengangkat parang ke arahnya.

“Saya segera pertahankan diri dengan mengangkat tangan akibatnya tangan saya terkena parang. Mereka segera merampas wang berjumlah RM15 dalam kocek saya dan terus melarikan diri,” katanya yang membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Yong Meng menceritakan kejadian itu kepada Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan yang melawatnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Hadir sama, Pengerusi Dap Taman Klang Utama, Ng See Leong.

Sementara itu Manivanan berkata, pihaknya berharap polis dapat membuat rondaan lebih kerap di kawasan kejadian.

“Saya dimaklumkan pada hari kejadian, terdapat seorang lagi warga emas turut disamun dan dicederakan. Saya mengesyaki kemungkinan kejadian itu dilakukan suspek yang sama,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini penduduk mendakwa kes yang sama sudah banyak kali berlaku dan sasarannya adalah golongan kanak-kanak, warga emas dan wanita.

“Saya harap suspek berkenaan dapat diberkas segera kerana kejadian tersebut membimbangkan penduduk di situ yang mana mangsa bukan sahaja disamun malah turut dicederakan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pelajar-ditetak-kerana-rm15-1.311276
 
dlu g skolah bawak rm2 je
tu pn dah rasa byk:))
 
perompak bukan pikir ape dah..
dia xdapat dia libas..
 
Perghh..... seram rasa baca. kene pikir 2 3 4 5 kali kalau nak duduk klang macam ni
 
Back
Top
Log in Register